berita

Pemandu Didakwa ‘Datuk’ Mabuk, Kereta Mewah ‘Terbang’ Langgar Tiga Kenderaan

January 28th, 2023 | by Aina Sarah
Kini Trending

Seorang pemandu kereta mewah didakwa berstatus ‘Datuk’ bertindak melanggar tiga buah kereta lain selepas kenderaannya ‘terbang’ di lobi sebuah pusat membeli-belah terkenal di Putrajaya, malam tadi.

Artikel Berkaitan: Lelaki Maut Ketika Memandu

Artikel Berkaitan: Anak PM Jadi Mangsa Buli Jalan Raya – ‘Sangat Bahaya, Anak Berusia 2 Tahun Ada Dengan Saya’

Memandu dalam keadaan mabuk

Difahamkan, pemandu tersebut berada dalam keadaan mabuk sehingga melanggar kereta-kereta yang terletak di lot parkir valet pusat membeli-belah berkenaan.

Video kejadian itu juga tular di media sosial apabila pemilik kenderaan tersebut didakwa cuba untuk melarikan diri selepas melanggar pembahagi jalan sebelum menekan minyak dan melanggar tiga kenderaan lain.

Pemandu dan orang awam yang berada di sekitar lokasi kejadian dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Meninjau di bahagian komen, rata-rata orang awam menggesa agar individu tersebut dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya bagi membendung isu kemalangan melibatkan pemandu mabuk.

Pemandu mabuk sepatutnya kena tindakan keras. Baru tahu langit tinggi ke rendah. Tak sepatutnya kita bagi muka.

Tidak kurang, ada juga yang mengatakan tindakan seharusnya diberikan secara adil tanpa mengira status dan pangkat agar dapat dijadikan sebagai pengajaran.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×