berita

‘Tidak Faham Dengan Soalan Diajukan’ – Pemandu Lawan Arus OKU Terpinga-Pinga Di Kandang Saksi

September 20th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, viral di media sosial mengenai seorang wanita memandu secara melawan arus di Lebuhraya Utara-Selatan sehingga menyebabkan seorang lelaki maut. Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis, pemandu remaja tersebut merupakan orang kelainan upaya (OKU).

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, pihak pendakwaan memohon Mahkamah Majistret, di Bukit Mertajam memasang penghadang bagi mengelak wanita itu berkomunikasi dengan keluarganya dari kandang saksi.

Mengalirkan air mata

Menurut pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari, tertuduh yang dikenali sebagai Ng Pei Ven, dilihat terpinga-pinga dan mengalirkan air mata sewaktu disoal jawab. Wanita itu turut dilihat berkomunikasi dengan keluarganya yang berada di tempat awam sewaktu diajukan soalan.

Tambah Mohd Amril, pada hari pertama kes bela diri, tertuduh memilih untuk memberikan keterangan pembelaan bersumpah di kandang saksi. Peguam tertuduh, Lim Boon Beng, mengemukakan dua dokumen kepada mahkamah iaitu laporan doktor dan surat pengesahan kad Orang Kurang Upaya (OKU) milik tertuduh.

Sembilan bulan sudah memiliki lesen

Tertuduh juga mengaku sudah sembilan bulan memiliki lesen memandu sebelum kejadian tersebut berlaku pada 14 Mac 2017. Di samping itu, pihak pembelaan juga akan memanggil dua saksi, doktor dan pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mengeluarkan kad OKU berkenaan. Pihak mahkamah juga diberitahu tertuduh bahawa dia terpaksa membuat pusingan sebelum Plaza Tol Sungai Dua kerana melihat sebuah lori yang cuba melanggarnya di hadapan.

Mengaku mempunyai lesen yang sah

Disoal mengenai lesen memandu, tertuduh mengaku bahawa dia mempunyai lesen memandu yang sah dan sudah melalui ujian lalu lintas dan isyarat jalan raya. Tertuduh, turut memberitahu mahkamah bahawa dia tidak memahami mengenai soalan yang diajukan mahkamah mengenai kesalahan memandu melawan arus.Tertuduh sebelum ini dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai dan melulu sehingga menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli, 26, di Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, pada 7.50 pagi 14 Mac 2017.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×