
Seorang pemandu lori didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Melaka pada Isnin selepas mengaku bersalah memiliki video dan gambar lucah bekas kekasihnya dalam telefon bimbit pada Mac lalu.
Artikel Berkaitan: Bapa Didakwa Bun*h Bayi 18 Bulan, Polis Tak Tolak Kemungkinan Mangsa Diliw*t – ‘Ada Gambar & Video Lucah Dalam Telefon’
Miliki video & gambar lucah

Tertuduh, S Devesh, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.
Mengikut pertuduhan, Devesh didapati memiliki video dan gambar lucah dalam telefon bimbit jenis iPhone 12 miliknya ketika berada di Pejabat Cawangan D7 Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, kira-kira jam 3.30 petang pada 26 Mac lalu.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, mangsa berusia 29 tahun membuat laporan polis selepas menerima ugutan menggunakan gambar miliknya, selain menerima kata-kata kesat serta ancaman untuk merosakkan rumah dan mencederakannya.
Susulan laporan tersebut, polis menjalankan siasatan sebelum merampas telefon bimbit milik tertuduh yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan.
Pemeriksaan dan analisis forensik terhadap telefon berkenaan kemudian menemukan beberapa fail gambar serta video berunsur lucah dalam media storannya.
Peguam Nigel Tai Zhe dan L Sharveen yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira keadaan anak guam mereka yang hanya bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan kira-kira RM2,000 sebulan.
Peguam turut memaklumkan tertuduh mempunyai masalah kesihatan.
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Zaidah Muhamad Zailani memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.
Selepas mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan denda RM2,500 terhadap Devesh atau penjara lima bulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Sumber: Sinar Harian






![[VIDEO] ‘Allah Merestui Doa & Harapan Seorang Ibu’ – A Aida](https://asset.ohbulan.com/2026/09/azeva.jpg)
