Tular sebuah video memaparkan inisiatif sebuah masjid di Kelantan memasang skrin LED bersaiz besar di luar kawasan masjid hingga meraih perhatian ramai.

Artikel Berkaitan; Video Lelaki Mengamuk Pecahkan Cermin Kereta Isteri Tular, Anak-Anak Menangis Takut

Syukur

@anwafri

Terharu campur sebak mashaa Allah🥺 This is Kelantan, in shaa Allah moga kekal begini sampai bila-bila🤲🏻✨ 📹 Credit to Masjid An Naim, Jalan Sri Cemerlang #KelantanNegeriBerkebajikan #budayakomunitirabbani #fyp #KelantankuCakna #kelantan

♬ original sound – haseefameen – Ḥuṣaif

Menerusi perkongsian di TikTok, individu meluahkan rasa syukur dengan usaha pihak masjid demi memastikan orang ramai turut mendengar tazkirah yang dibuat oleh pendakwah.

Terharu campur sebak mashaa-Allah.

Ini adalah Kelantan, in shaa Allah semoga kekal begini sampai bila-bila.

Difahamkan pemasangan LED itu dibuat menghadap laluan jalan raya dan menayangkan sesi tazkirah yang disampaikan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Hamdan Ariffin.

Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian yang rata-ratanya turut gembira apabila perkara baik itu dikongsi ramai.

Komen netizen

Sumber: TikTok