
Artikel Berkaitan: Tak Tahan Kena Ejek, Remaja 18 Tahun Ditembak Bapa Sendiri Selepas Video Menari Viral
Artikel Berkaitan: Lelaki Maut Ditembak Anjing Dalam Perjalanan Keluar Berburu
Terima ancaman bunuh
Menurut kenyataan Marvia kepada pihak polis, sebelum ini dia pernah menerima panggilan telefon berbaur ancaman terhadap aktiviti transgender yang disuarakan olehnya.
Mengulas lanjut, dia yang pernah menjadi hos televisyen sejak 2018 berkata, ancaman tersebut merupakan punca utama disebalik insiden tembakan yang nyaris meragut nyawanya.
Terdahulu dia pernah meninggalkan bandar Lahore kerana ancaman yang sama, namun dia kembali ke bandar tersebut untuk menjalani pembedahan.
Sekadar info, sebelum memliki kerjaya sebagai pembaca berita pada usia 21 tahun, dia dibuang keluarga kerana bekerja di sebuah salon bagi membiayai pendidikannya dan kemudian menjadi seorang model.
Sumber: India Today