berita

Pembantu Rumah Campur Air Kencing & Darah Haid Dalam Makanan Majikan, Bila Ditanya Rupa-Rupanya…

January 14th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Di Singapura, seorang pembantu rumah warganegara Indonesia ditahan oleh pihak polis dan dijatuhi hukuman kerana didakwa telah mencuri wang majikannya yang disimpan di dalam peti simpanan yang berjumlah Singapore Dollar S$ 13, 300 bersamaan RM40, 000. Namun apa yang lebih mengejutkan apabila pembantu rumah tersebut turut menyediakan hidangan jijik kepada keluarga majikannya itu.

Campur air liur, darah haid

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Straits Times, pembantu rumah yang dikenali dengan nama Diana itu dikatakan telah mencampurkan air kencing, air liur serta darah haidnya dalam hidangan nasi dan air minuman yang disajikan untuk majikannya. Tanpa menyedari kejadian, keluarga tersebut akhirnya telah memakan makanan tercemar yang dihidangkan itu.

Sementara itu, dalam perbicaraan mahkamah, Diana memberitahu bahawa dia melakukan perbuatan jijik kerana ingin majikannya itu akan bersetuju dengan segala tindakan yang dilakukannya dan tidak akan memarahi berhubung prestasi kerjanya.

Akses kata laluan majikan

Sekadar gambar hiasan

Tidak cukup dengan itu, Diana yang berusia 30 tahun itu turut mengambil kesempatan dengan mencuri wang ketika dia sedang melakukan kerja pembersihan di dalam bilik tidur majikannya.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Angela Ang berkata suri rumah yang juga merupakan majikan Diana itu telah menyimpan wang simpanannya di tempat yang selamat di dalam bilik tidurnya berserta dijamin dengan kata laluan digital.

Untuk melakukan perkara ini, tertuduh mula memantau pengadu (majikan) setiap kali pengadu membuka kunci iPadnya. Dengan melakukan itu, tertuduh berjaya mengenal pasti kod laluan berangka ke iPad pengadu.

Ketika bersendirian di dalam bilik itu, tertuduh kemudian bertindak membuka kata laluan tersebut dengan menggunakan nombor sama seperti yang dilihatnya sebelum ini.

Dijatuhi hukuman penjara

Sekadar gambar hiasan

Kesemua wang yang dicuri itu kemudian diserahkan kepada rakannya yang juga merupakan warganegara Indonesia sebelum wang tersebut dihantar ke negara asal mereka.

Diana yang tidak diwakili peguam itu telah mengakui kesalahan yang dilakukan terhadap keluarga majikannya dan memberitahu tujuannya mencuri wang tersebut adalah kerana keluarga di Indonesia sedang mengalami masalah kewangan.

Saya hanya mempunyai seorang anak dan ibu saya sudah tua dan sedang sakit. Saya merupakan satu-satunya pencari nafkah.

Diana kemudian telah dijatuhi hukuman penjara 6 bulan dan 7 minggu setelah disabitkan bersalah.

Sumber: Straits Times, Today Online

SKIP THIS AD ×