berita

Pembantu Rumah Disahkan Positif Covid-19, Shuib Sekeluarga Buat Swab Test

July 26th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Baru-baru ini, pelawak terkenal, Shuib Sepahtu memberitahu bahawa pembantu rumahnya telah disahkan positif COVID-19 dan kini mereka sekeluarga telah membuat ujian saringan COVID-19.

Pembantu rumah shuib positif COVID-19

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh Shuib di akaun Instagram, dia memohon agar orang ramai mendoakan mereka sekeluarga selamat terutama isterinya iaitu Siti Sarah.

Maid semalam disahkan positif COVID-19. Hari ini kami sekeluarga swab test. Doakan kami ya terutama Siti Sarah sebab dia tengah hamil.

Tapi InsyaAllah, bila Allah uji maknanya Allah sayang. Terima Kasih.

Dalam pada itu, di akaun Instagram Siti Sarah pula, dia memaklumkan bahawa dirinya risau mengenai anak-anaknya yang kini demam serta bayi yang berada dalam kandungannya.

Macam-macam benda Sarah fikir. Kalau lah Sarah dan suami positif siapa nak jaga diaorang kat pusat kuarantin.

Sarah kena kuat, baby dah masuk tujuh bulan. Mohon doakan Sarah dan keluarga ye.

‘Doakan kami sekeluarga’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Sumber : shuibsepahtu, sitisarahraissuddin

SKIP THIS AD ×