berita

Pembantu Rumah Kerja Lebih 5 Tahun, Majikan Bagi Gelang Emas RM4,700

May 12th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Kehadiran pembantu rumah boleh menghilangkan sedikit beban ketika menguruskan rumah dan ada juga majikan yang menganggap mereka ini sebahagian daripada keluarga kerana bekerja dengan ikhlas dan telah lama berkhidmat.

Menangis terima hadiah gelang bernilai RM4,700

Menerusi video yang dikongsikan oleh Feetrie Aziz22 di akaun TikToknya, kelihatan pembantu rumahnya menerima seutas gelang tangan emas yang telah dihadiahkan oleh mereka setelah berkhidmat selama lebih lima tahun.

Terlihat air mata gembira dan terharu di wajah pembantu rumahnya itu apabila dihargai sebegitu dan tidak menyangka diberikan hadiah yang berharga RM4,700. Lebih menarik perhatian lagi apabila gelang berkenaan dipakaikan sendiri oleh isterinya untuk wanita berkenaan sebagai tanda terima kasih atas khidmatnya yang bekerja dengan ikhlas.

Hadiah untuk kamu. Terima kasih kerana telah berkhidmat lama.

‘Hadiah untuk kamu’

@feetrieaziz22hadiah untuk kamu..terima kasih kerana telah berkhidmat lama..???? Right Here Waiting – My first Music

‘Alhamdulillah dapat majikan yang baik’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji pasangan berkenaan kerana menghargai dan memberi hadiah kepada pembantu rumahnya. Ada juga di antara mereka berkongsi pengalaman mereka memberi hadiah kepada pembantu rumah masing-masing.

Sumber : feetrieaziz22

SKIP THIS AD ×