berita

Pembedahan Berjaya, Lelaki Ini Sudah Hidup Empat Hari Pakai Jantung Babi

January 12th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang lelaki di Maryland sudah tiga hari hidup dengan jantung babi selepas dia menjalani pembedahan pemindahan jantung yang membabitkan haiwan berkenaan. Pembedahan tersebut merupakan yang pertama di dunia dan berjaya dilakukan oleh pasukan perubatan di Pusat Perubatan Universiti Maryland.

Dah hidup 3 hari lepas jalani pembedahan

Menurut laporan USA Today, pihak pusat perubatan berkenaan telah membuktikan bahawa haiwan tersebut boleh diubah suai genetiknya serta digunakan sebagai penderma organ.

Pesakit yang dikenali sebagai Dave Bennett itu mengatakan bahawa dia sanggup mempertaruhkan nyawanya demi percubaan berkenaan. Dave juga meluahkan rasa bersyukur kerana memberinya peluang untuk meneruskan kehidupannya serta menjadi manusia pertama yang mengambil risiko itu.

Susulan daripada itu, anaknya, David menyifatkan pemindahan jantung bapanya sebagai satu keajaiban. Pembedahan berkenaan mengambil masa selama sembilan jam bagi menggantikan jantung Dave dengan jantung babi yang berusia satu tahun dan boleh bernafas dengan sendiri tanpa menggunakan ventilator.

Mempunyai organ yang serupa dengan manusia

Sekadar gambar hiasan

Dalam pada itu, saintis telah menjalankan kajian selama beberapa dekad untuk mencari cara menyelamatkan nyawa manusia dengan menggunakan organ haiwan dan babi mempunyai organ yang serupa dengan manusia.

Walau bagaimanapun, lebih daripada 100,000 orang masih menunggu giliran untuk mendapatkan organ dan hampir 600,000 orang meninggal dunia setiap tahun ketika menunggu orang lain untuk menderma buah pinggang, jantung serta paru-paru kepada mereka.

Sumber : USA Today

SKIP THIS AD ×