

Seorang individu yang dikenali sebagai Faizul Ridzuan tampil memberikan kenyataan berhubung jam tangan mewah jenama Hublot milik usahawan piza, Jofliam yang pernah dihadiahkan oleh bekas isteri, Cik Epal.
Artikel Berkaitan: Dewi Dakwa Cik Epal Jadi Punca Bekas Suami Langgar Taklik? Keluar Rumah 6 Bulan Tanpa Nafkah – ‘Apa Yang Dikatakan Adalah Benar’
Artikel Berkaitan: Jofliam Tunjuk Bukti Lengkap Sijil Perniagaan & Suntikan Typhoid – ‘Saya Bersuara Kerana Banyak Laporan Palsu’
Penjelasan pembeli

Menerusi perkongsian semula di laman Threads, Faizul menafikan bahawa dirinya adalah kenalan rapat kepada Jofliam selepas membuat pembelian jam mewah tersebut.
Saya beli jam ini sebab saya suka dan dapat diskaun. Saya tak pernah buat konten waktu beli jam ini, jadi dari situ saya sudah tahu saya bukan geng mereka.
Saya beli jam ini dekat kedai dan bukan daripada Jofliam. Bila tengok resit baru saya tahu mereka jual jam ini sebab ada nama mereka.
Jadi tak perlu nak buat konspirasi teori macam saya ini kawan baik Jofliam.
Mahu jual semula

Sementara itu, Faizul turut memaklumkan bahawa dia mahu menjual semula jam tangan tersebut dengan harga yang lebih rendah.
Kepada sesiapa yang nak beli jam keramat RM90k ini, saya jual pada harga RM75k. Saya investor yang suka beli bawah market value property dan jam.
Dalam masa yang sama, Faizul berpendapat Jofliam dan Cik Epal sepatutnya bertindak dengan matang, malah konflik antara mereka tidak sepatutnya didedahkan di media sosial.
Orang lain pun bercerai juga tapi tidaklah sampai bergaduh londeh semua benda dan buka aib dekat media sosial.
Kesian dekat keluarga dan anak-anak.
Terdahulu, Cik Epal menuntut Jofliam untuk memulangkan jam mewah tersebut kepadanya dalam keadaan baik dan tidak dihalang oleh mana-mana pihak.
Sebelum ini, Cik Epal mendakwa dikasari oleh isteri Jofliam iaitu Dewi ketika mengambil barang-barang miliknya di kediaman bekas suami.
Tidak berdiam diri, Dewi telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.
Sumber: Threads






![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)
