berita

Pembiayaan Kereta Lulus Dalam Masa Seminit Je Dengan CIMB InstaApproval

June 1st, 2018 | by Wan
Shout Out!

Berita baik untuk korang semua yang sedang merancang untuk memiliki kereta idaman sempena hari raya tak lama lagi. CIMB Bank Berhad memperkenalkan Pembiayaan Auto 1 Minit InstaApproval, platform digital yang meluluskan pembiayaan kenderaan hanya dalam tempoh seminit!

Bayangkan proses sebelum ini yang memakan masa beberapa hari, kini lebih pantas dan selamat malah semuanya dilakukan secara online sahaja.

Paling pantas di pasaran

Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pelanggan Kumpulannya Samir Gupta berkata, Pembiayaan Auto 1 Minit InstaApproval CIMB ini terbuka untuk semua jenis kereta sama ada baharu atau terpakai.

Buat masa ini platform InstaApproval CIMB adalah terpantas di pasaran dan ia tidak hanya menunjukkan komitmen kami dalam inovasi digital melalui Strategi T18, malah penanda aras dalam penambahbaikan pengalaman pelanggan.

InstaApproval CIMB akan memendekkan masa menunggu dan membolehkan pelanggan memiliki kereta idaman mereka dalam masa seminit.

Pembiayaan Auto 1 Minit InstaApproval CIMB boleh didapati di bilik pameran pengedar terpilih dan setakat ini sebanyak tujuh pengedar rasmi yang mengambil bahagian antaranya Cycle & Carriage Bintang Berhad, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Honda Malaysia Sdn Bhd, Ingress Auto Malaysia Sdn Bhd, Perodua Sales Sdn Bhd, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd, dan UMW Toyota Motor Sdn Bhd.

The following two tabs change content below.

Wan

Content Champions at Rev Asia Berhad
Ex boyfriend Neelofa, bukan kerabat diraja, penulis bertauliah.

Most Read Today