berita

Pemegang Kad Kredit Kena Tahu Tentang Pelan Bayaran Flexi 0%, Serendah RM500 Je!

November 30th, 2021 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Beli sekarang, bayar kemudian

Macam pernah dengar kan ayat ni. Tapi di mana kita gunakannya? Haa..waktu ni la pemegang kad kredit kena munculkan diri. Korang mesti dah biasa dengan konsep ni. Kad kredit ni salah satu fasiliti yang ditawarkan oleh pihak bank untuk kemudahan pembayaran tau.

Kalau la kita boleh gunakan kad kredit dengan beli sekarang dan bayar kemudian dalam ansuran bulanan yang berpatutan, mesti seronok kan? Nak guna kad kredit pun tak perlu risau apa-apa. Tapi boleh ke buat macam tu sekarang?

CIMB tawarkan Kempen Pelan Bayaran Flexi 0% buat pemegang kad kredit

Eh, boleh la! Sekarang CIMB sedang menawarkan Kempen Pelan Bayaran Flexi 0% tau. Ini la promosi yang patut direbut oleh pemegang kad kredit. Bukan senang nak dapat tawaran macam ni daripada CIMB. Special betul!

Eh, kejap! Ada yang masih belum tahu yang Pelan Bayaran Flexi tu apa? Tak apa, meh kami bagitahu.

Untuk pengetahuan korang, Pelan Bayaran Flexi ialah fasiliti kad kredit yang membolehkan pemegang kad untuk menukar transaksi kad kredit mereka kepada ansuran bulan tetap. Sebenarnya Pelan Bayaran Flexi ni dah diperkenalkan oleh CIMB pada 22 Mac 2021.

Jadi, atas permintaan ramai, Kempen Pelan Bayaran Flexi 0% dah kembali. Seronok tak terkata la.

Korang mesti nak tahu apa yang istimewanya dengan Kempen Pelan Bayaran Flexi 0% sampaikan banyak permintaan kan? Ini dia..

Korang boleh enjoy ansuran bulanan yang berpatutan tanpa faedah!

Nak buat perbelanjaan talian, pembelian barangan kesihatan, membayar bil rawatan atau yuran pengajian atau sekolah anak korang tanpa risaukan komitmen? Boleh! Semua pembayaran ni akan jadi lebih mudah kalau korang gunakan Kad Kredit CIMB Bank korang.

Dengan Kempen Pelan Bayaran Flexi 0%, korang boleh tukarkan pembelian besar korang kepada pelan pembayaran bulanan flexi yang berpatutan. Kadar faedah 0% setahun untuk 12 bulan pulak tu. Siapa tak nak?

  • Bayaran bulanan yang fleksibel untuk 12 bulan.
  • Bayaran bulanan tetap.
  • Tiada dokumen sokongan diperlukan dan fi pemprosesan sifar.

Senang cerita, fleksibiliti kewangan korang lebih terjamin dengan Kempen Pelan Bayaran Flexi 0% ni. Yay!

Cara mudah untuk nikmati Kempen Pelan Bayaran 0%

Korang mesti dah mula tertanya-tanya bagaimana Kempen Pelan Bayaran Flexi 0% ni berfungsi kan? Meh kami ajar macam mana korang boleh nikmati promosi ni. Lihat gambar di atas. Senang je la. Tak susah mana pun.

Oh ya, Korang kena take note yang promosi ni sah dari 1 Oktober 2021 sehingga 31 Disember 2021 tau. Masih sempat untuk korang mohon. Jangan sampai miss pulak!

Bagi korang yang masih belum mempunyai Kad Kredit CIMB Bank, jangan risau. Korang boleh mohon secara online je. Klik SINI untuk mohon.

Lagi best gunakan Kad Kredit CIMB Bank di Expedia, Lazada & Alpro Pharmacy!

Dah hujung tahun, mesti korang ada plan untuk bercuti kan? Dah sampai masa untuk gunakan Kad Kredit CIMB Bank korang di Expedia. Nak tempah tiket flight, bilik hotel, sewa kereta, boleh je guys!

Korang yang suka online shopping mesti tahu banyak sale kat Lazada sekarang. Boleh la korang add to cart dan mula shopping dengan Kad Kredit CIMB Bank korang. Mudah betul.

Nak khidmat nasihat doktor dan ahli farmasi bagi pembelian ubat-ubatan? Korang boleh dapatkannya di Alpro Pharmacy. Beli produk kesihatan yang korang nak secara online dengan Kad Kredit CIMB Bank. No problem!

Jom gunakan Kad Kredit CIMB Bank korang di mana-mana kedai peniaga mulai hari ni. Korang boleh jugak tengok beberapa peniaga yang kami syorkan di bawah ni.

Nak info lebih lanjut tentang Kempen Pelan Bayaran Flexi 0%? Boleh klik SINI ya. Gunakan dengan bijak!

SKIP THIS AD ×