
Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah menzahirkan rasa dukacita atas pemergian, Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin.
Artikel Berkaitan: Zizie Izette Akui Hilang Arah, Sifatkan Bung Moktar Sebagai Suami & Ayah Yang Baik – ‘Izinkan Saya Bersedih’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Kehilangan Sahabat Sejati, Setia Menemani Waktu Susah & Senang’ – Ahmad Zahid Berduka Atas Pemergian Allahyarham Bung Moktar
Meninggalkan rasa kosong

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Nurulhidayah akui pemergian Allahyarham Bung Moktar meninggalkan rasa kosong kepada rata-rata yang mengenalinya.
DSP Bung telah meninggalkan ruang kosong yang sukar diisi, bukan hanya pada nama dan jawatan, tapi pada rasa.
Pemergian seseorang dalam keadaan yang mengundang renungan besar seharusnya mengajar kita sesuatu.
Sementara itu, Nurulhidayah berpendapat pemergian Allahyarham Bung Moktar mengajarnya agar lebih menjaga daripada segi percakapan.
Menurut Nurulhidayah, pengakhiran hidup seseorang adalah urusan Allah sekali gus hanya Dia yang mengenali hamba-Nya.
Kematian seperti ini mengingatkan kita agar lebih berhati-hati dengan kata-kata, lebih lunak dalam menilai dan lebih banyak berdoa berbanding menghukum, kerana akhir hidup seseorang bukan urusan kita.
Ia adalah rahsia Allah dan hanya Dia yg Maha Mengetahui nilai sebenar seseorang hamba. Al-Fatihah buat mu DSP Bung.
Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada awal pagi Jumaat.
Sumber: Threads @nurul.zahid





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

