Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi merupakan satu langkah untuk menggapai masa depan yang lebih cerah dan terjamin.
Namun korang tahu tak, ada banyak faktor yang perlu dititikberatkan ketika memilih kursus dan universiti agar kursus yang dipilih tidak hanya sesuai dengan cita-cita korang sebaliknya, kebolehpasaran kursus perlulah tinggi dan menawarkan peluang pekerjaan yang tinggi dalam pasaran.
Buat 3 perkara ni agar korang tak salah pilih kursus dan universiti
Bagi korang yang masih tak tahu bagaimana nak pilih kursus dan universiti yang tepat, korang boleh buat 3 perkara ini. Ianya penting untuk menentukan hala tuju masa depan korang. Jadi, ambil masa korang sebelum buat keputusan.
1. Layari forum atau ruang perkongsian dalam talian bersama pelajar dan graduan mengenai kursus dan universiti yang korang pertimbangkan.
Langkah awal yang korang boleh ambil sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi adalah dengan membuat tinjauan melalui forum dan ruang perkongsian graduan mengenai kursus dan universiti yang korang minat.
Melalui forum dan ruang perkongsian ini, korang boleh bertanya terus kepada senior dan graduan yang telah melanjutkan pelajaran dalam bidang kursus yang korang minati. Bentuk forum lebih santai dan selalunya perkongsian yang diberikan adalah pelbagai.
So, dari sini la korang boleh nilai sama ada kursus dan universiti tersebut sesuai atau tidak untuk korang. Walau bagaimanapun, suka min ingatkan bahawa di forum orang boleh berkongsi apa sahaja. Penting, untuk korang sahkan maklumat tersebut dengan menghubungi pihak universiti.
2. Datang ke hari terbuka untuk melihat sendiri dan bertanya mengenai kursus yang korang minati.
Perkara kedua yang korang boleh buat sebelum melanjutkan pelajaran ke sesebuah universiti adalah dengan menghadiri hari terbuka yang diadakan oleh pihak universiti tersebut.
Di sini korang boleh dapat pelbagai maklumat termasuklah melihat persekitaran kampus, kemudahan yang disediakan, silibus pelajaran per semester dan jumlah yuran pendidikan.
Kalau boleh sebelum pergi hari terbuka buat sedikit kajian mengenai kursus yang korang nak mohon di sana. Bukan apa, hari terbuka ialah lubuk maklumat. Di sana korang boleh tanya apa sahaja soalan jika korang ada keraguan. Jadi, gunakan kesempatan ini sebaiknya.
3. Pilih kursus yang korang minat dan bukan yang orang lain cadangkan.
Last but not least, pilihlah kursus yang korang minati dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi. Jangan ikut orang! Sebab matlamat kita dan mereka tak sama. Apa yang mereka suka juga tak semestinya apa yang kita suka.
Korang kena kenali potensi diri korang dan apa yang korang mahukan dan minat. Inilah yang akan bantu korang survive dan dapat CGPA yang baik di tahun-tahun pengajian akan datang.
MMU tawar program ijazah menarik!
In case, korang belum tahu nak belajar di mana dan nak ambil kursus apa, Multimedia University (MMU) ada menawarkan program ijazah yang menarik dalam bidang sains, sains komputer, teknologi maklumat, multimedia dan seni senimatik.
Bukan itu sahaja, mereka turut menawarkan pelbagai biasiswa dan bantuan kewangan untuk pelajar berkelayakan dan berprestasi tinggi atau bagi yang kurang berkemampuan.
Berikut min kongsikan program ijazah sarjana muda yang MMU tawarkan. Mana la tahu ada yang korang minat.
1. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepintaran Buatan) Dengan Kepujian
Bidang pengajian ini merupakan kursus dimana korang akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran untuk membina sistem komputer, laman sesawang termasuklah aplikasi pintar.
Pekerjaan dalam bidang kursus ini juga sangat meluas antaranya Saintis Data, Jurutera Perisian, Penganalisis Laman Sesawang, Perunding AI, Jurutera Pembangunan dan banyak lagi.
2. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat Perisikan Perniagaan dan Analitis Dengan Kepujian
Program ini merupakan program yang direka khusus bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar untuk melakukan keputusan yang baik kepada institusi perniagaan selain membolehkan pelajar mengenali selok-belok dan cara menganalisi data perniagaan dengan tepat.
Bidang kursus ini membolehkan korang bekerja sebagai Pakar SAP, Juru Audit IT, Perunding dan Penasihat Perniagaan.
3. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perusahaan Digital Dengan Kepujian
Ijazah sarjana muda ini, adalah antara bidang pendidikan yang popular sekarang. Program ini membolehkan korang belajar mengurus dengan bijak perniagaan dalam talian termasuklah cara menguruskan laman sesawang dan aplikasi-aplikasi pintar.
Bukan mudah ye nak jaga sesebuah platform digital, ada banyak yang korang kena tahu termasuklah mengenai pengurusan iklan, pop-ups dan juga tools-tools digital yang boleh digunakan bagi mengawal selia sesuatu platform.
Banyak jawatan yang korang boleh sandang jika memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang ni, antaranya Perunding ERP, Perunding Analitis Data Perniagaan, Eksekutif Sokongan ERP, Perunding Proses Perniagaan, Perunding IT, Pengurus IT, Pembangun Aplikasi Mudah Alih dan Pentadbir Pangkalan Data.
4. Ijazah Sarjana Muda Sains Robotik Pintar Dengan Kepujian
Program pendidikan ini merupakan program 3 tahun yang akan membekalkan keseimbangan diantara asas kejuruteraan dan kemahiran praktikal. Ianya merupakan program yang menggabungkan bidang pelajaran elektronik, robotik, pembuatan, automotif dan pengaturcara komputer.
Program lengkap ini sesuai bagi mereka yang mahu menjadi sebahagian daripada asas pembangunan dunia teknologi 4.0.
Bidang pekerjaan dan jawatan yang tersedia dipasaran dalam bidang pengajian ini termasuklah Pereka/Pengaturcara Sistem Robotik, AI dan Pembangun Pembelajaran Mesin, Pereka Sistem Terbenam, Pakar Kawalan dan Automasi, Juruteknologi Aplikasi Lapangan, Pereka Papan Litar Bercetak (PCB), Jurutera Pengeluaran dan Perancangan, Juruteknologi Industri 4.0
5. Ijazah Sarjana Muda Animasi Multimedia Dengan Kepujian
Program ini adalah program yang diasaskan pada tahun 1997. Pada ketika itu ia dikenali sebagai Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Animasi & Filem).
Program ini diwujudkan untuk menjadi pemangkin kepada industri Animasi di Malaysia. Ianya merupakan program yang memfokuskan kepada seni & reka bentuk animasi, kesan visual & bahasa filem.
Korang yang minat nak kerja dengan syarikat-syarikat animasi Malaysia, bolehlah ambil bidang pengajian ni. Nanti boleh la korang kerja sebagai Pemodel, Artis Tekstur, Animator, Artis Papan Cerita, Artis Rigging, Pengarah Teknikal, Pengarah Kreatif, Pereka, Penulis Skrin, Artis Konsep, Penggubah, Pengarah Seni, Artis Pencahayaan, Artis Render, Artis 3D, Artis 2D, dan Editor.
6. Ijazah Sarjana Muda Seni Sinematik Dengan Kepujian
Program 3 tahun ini mengambil pendekatan menyeluruh kepada kaedah pembikinan filem “skrip-ke-skrin”, di mana pelajar memulakan pengajian mereka dengan asas-asas pembangunan idea sehingga menghasilkan dan menunjukkan karya mereka sendiri.
Pelajar Seni Sinematik diajar untuk menggabungkan teori dan amalan serta mengerjakan filem pendek, daripada filem fiksyen naratif dan dokumentari kepada video muzik dan imej bergerak interaktif dan banyak lagi.
Menariknya, bidang pengajian ini menawarkan program mentorship daripada orang dalam industri. Individu-individu hebat inilah yang akan bantu dan guide korang selain pensyarah.
Korang yang nak jadi Pengarah Filem, Penerbit Filem, Penulis Skrip, Editor Filem, Penerbitan Filem & Televisyen, Pengaturcara Televisyen, Showrunner, Pengiklanan, Pasca Produksi, Penulisan Skrin untuk Filem & Televisyen, Pembikinan Filem Dokumentari, Pendidikan Filem, Budaya & Industri Kreatif boleh ambil bidang pengajian ini.
Jadi apa lagi yang korang semua tunggu? Jom hadirkan diri ke Hari Terbuka bersama MMU untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan kursus-kursus yang ditawarkan.
Jumpa korang disana!