berita

Pemilik Haiwan Boleh Didenda Tak Lebih RM1,000 Jika Haiwan Peliharaan Berak, Kencing Di Rumah Jiran

January 27th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Tidak dinafikan setiap individu mesti mempunyai pengalaman yang pahit dalam kehidupan berjiran. Malahan, kehidupan dalam sesebuah komuniti berjiran memerlukan seseorang itu bertolak ansur dan mempunyai common sense dalam sesuatu aspek. Namun, terdapat situasi di mana haiwan peliharaan yang dibela jiran dilihat secara semberono membuang air kecil mahupun air besar di hadapan rumah kita.

Perkara tersebut secara tidak langsung membebankan seseorang itu. Seperti perkongsian seorang peguam dikenali sebagai Nor Zabetha di laman YouTube, menceritakan apa yang boleh dilakukan oleh seseorang jika haiwan jiran bertindak sedemikian rupa.

Apakah yang boleh dilakukan?

Jelas Puan Zabetha, masalah mengenai haiwan peliharaan jiran boleh diselesaikan dengan cara yang baik jika seseorang itu tahu cara yang betul membuat laporan mengikut saluran yang tepat.

Kalau kita lihat di bawah Akta-Akta Kecil 1955, ada menyatakan berkenaan tanggungjawab pemilik anjing. Dalam akta tersebut pemilik tidak boleh membiarkan anjing berkeliaran sehingga menyebabkan kecederaan kepada orang awam yang lain atau mengejar orang lain. Manakala mengikut Seksyen 80, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai hak untuk mengambil tindakan dengan beberapa cara iaitu menghapuskan, menghentikan dan mengambil tindakan undang-undang serta ganti rugi.

Menerusi penjelasan tersebut, seseorang itu berhak membuat laporan kepada pihak PBT jika haiwan yang dibela jiran boleh mengganggu ketenteraman mereka.

Kacau ganggu Seksyen 81 (B) apa-apa binatang yang disimpan atau sesuatu cara sehingga menyebabkan kacau ganggu. Jika perkara ini berlaku, anda boleh membuat laporan kepada pihak PBT dan jika mahu membuat laporan polis cover letter juga dinasihatkan untuk disertakan sekali.

Susulan laporan yang telah dibuat, pihak PBT akan mengeluarkan surat mahupun notis kepada pemilik haiwan tersebut supaya haiwannya tidak lagi mengganggu ketenteraman jirannya. Individu tersebut juga boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi  RM1,000, atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Malahan, jika urusan ‘kacau ganggu’ ini terpaksa dilakukan oleh pihak PBT, individu tersebut perlu menanggung segala ganti rugi yang berlaku.

Video penuh

Sumber: Nextepisode Channel

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×