berita

Pemilik Kebun Harumanis Wajib Bayar Zakat Hasil Jualan – Mufti Perlis

July 12th, 2019 | by Wan
Kini Trending

Keenakan mempelam harumanis memang tidak boleh disangkal lagi. Tidak hairanlah jika buah tersebut dijual dengan harga yang tinggi dek kerana rasanya sangat sedap. Harga bagi sekilo harumanis mampu mencecah sehingga RM30 – RM40. Untung besarlah pemilik kebun harumanis!

Terbaru, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Maza, mengingatkan pemilik kebun mempelam harumanis di Perlis supaya tidak lupa membayar zakat hasil jualan mereka yang memberi pendapatan lumayan.

Pemilik kebun harumanis lebih ‘berada’

Menurut beliau, selain zakat makanan asasi penduduk seperti padi, mempelam harumanis juga wajib dibayar zakat kerana pemilik kebun buah berkenaan lebih berada (kaya) daripada penanam padi. Perkara ini telah ditetapkan oleh Majlis Fatwa Negeri Perlis.

Antara zakat yang perlu dibayar oleh umat Islam mengikut masa (haul) dan jumlah dikenakan (nisab) ialah zakat harta, zakat ternakan, zakat pertanian, zakat takaful, zakat perniagaan serta zakat emas dan perak. Selain punca pendapatan, mangga harumanis adalah ikon kepada negeri Perlis.

Menerusi carian di Mudah.my mempelam harumanis dijual dengan harga RM20, RM30 sekilo.

Sumber: Sinar Harian, Bernama

SKIP THIS AD ×