Pemilik sebuah kedai telefon di Indonesia iaitu Candra Waskito, 25, maut selepas dibunuh dua lelaki menggunakan tukul dalam kejadian pada awal pagi Khamis. 

Artikel Berkaitan: Bapa Didakwa Bun*h Bayi 18 Bulan, Polis Tak Tolak Kemungkinan Mangsa Diliw*t – ‘Ada Gambar & Video Lucah Dalam Telefon’

Artikel Berkaitan: Wanita Dipercayai Bun*h Diri Ketika Panggilan Video Bersama Rakan

Mayat dalam kereta, dibunuh

Ketua Siasatan Jenayah Polis Daerah Semarang, AKP Bodia Teja Lelana berkata, salah seorang suspek, Didit Panggih Pamulihan, 20, datang ke kedai berkenaan sekitar jam 9 malam dan bertanyakan keberadaan mangsa sebelum dimaklumkan bahawa Candra berada di Salatiga.

Sekitar jam 11 malam, Didit bertemu seorang lagi suspek, Taufik Ilham, 25, bagi membincangkan rancangan untuk mencuri di kedai berkenaan.

Kedua-dua suspek pada awalnya merancang untuk melakukan pencurian dengan menyediakan beberapa peralatan termasuk tukul, karambit dan penumbuk besi bagi mengantisipasi sekiranya berlaku perlawanan.

Pada hari kejadian, mangsa tiba di kedai bersama seorang pekerja selepas pulang dari Salatiga. Manakala, kedua-dua suspek datang ke kedai sekitar jam 3 pagi.

Taufik terlebih dahulu masuk ke dalam kedai dengan berpura-pura mahu membeli telefon bimbit sebelum didatangi oleh Didit.

Ketika mangsa leka, salah seorang suspek menyerangnya menggunakan tukul sebelum seorang lagi suspek turut memukul mangsa sehingga meninggal dunia.

Kedua-duanya kemudian membawa jasad mangsa menggunakan kereta miliknya sebelum meninggalkan kenderaan tersebut di kawasan sunyi di Desa Trisari, Kabupaten Grobogan.

Kes kini dalam siasatan pihak polis bagi mengenal pasti motif kejadian.

Sumber: Detik