LBS Bina Group Berhad (LBS), pemaju perumahan terkemuka pilihan rakyat, berjaya mengakhiri kempen LBS Fabulous Extra 2022-23 dengan hebat.

Acara penutupan di galeri jualan KITA @ Cybersouth menandakan tamatnya kempen yang memberi peluang kepada 1,400 pembeli hartanah LBS untuk memenangi hadiah bernilai RM1,500,000.00.

Bukan tu saja, ada pelbagai lagi hadiah dan ganjaran lain yang ditawarkan!

Acara cabutan bertuah disambut meriah dengan kehadiran orang ramai!

Pada acara kemuncak kalini,  LBS Fabulous Extra 2022-23 dimeriahkan dengan cabutan bertuah dengan kehadiran lebih daripada 1,500 orang tetamu, yang terdiri daripada pembeli hartanah LBS dan pemenang cabutan bertuah LBS Fabulous Extra 2022-23.

“Bagi setiap pembeli rumah, penerimaan kunci rumah baharu mereka menandakan berakhirnya proses pembelian rumah mereka, namun bagi LBS, ia merupakan suatu detik permulaan yang istimewa. Dengan memiliki hartanah LBS, setiap pemilik akan berpeluang untuk menikmati pelbagai ganjaran istimewa.”

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Ir (Dr.) Lim Hock San, menyatakan bahawa penerimaan kunci rumah baharu bagi setiap pembeli menandakan penamat proses pembelian, tetapi bagi LBS, ia adalah permulaan istimewa.

Bukan itu saja, hartanah LBS membawa pelbagai ganjaran eksklusif bagi setiap pemilik, menjanjikan hubungan yang berkekalan.

Dalam cabutan bertuah Fabulous Extra kali ini, 17 pembeli beruntung membawa pulang Perodua Axia baru, sementara yang lain turut memenangi hadiah menarik seperti motosikal dan set teater rumah.

Ini menunjukkan komitmen LBS dalam membina hubungan yang berpanjangan dengan pemilik hartanah.

Oleh itu, LBS memperkenalkan program kesetiaan pelanggan, LBS Perks and Plusses, khusus bagi setiap pemilik rumah LBS.

Program ini telah menjalin kerjasama dengan lebih daripada 50 rakan kongsi, yang kebanyakan turut menyertai acara hari ini.

Selain itu, seperti musim perayaan lain, sempena sambutan Hari Raya ini juga, LBS telah melancarkan kempen ‘Emas Bling Bling Bersama LBS’ di mana para pembeli rumah LBS yang berjaya memiliki rumah idaman mereka sebelum penghujung Mei akan berpeluang untuk memenangis jongkong emas 999.9. Wow!

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai tawaran lain dari LBS Bina, boleh layari www.lbs.com.my dan galeri galeri jualan virtual mereka di https://virtualfair.lbs.com.my/ atau hubungi 1700 81 8998 untuk pertanyaan mengenai produk dan kempen terkini LBS!