berita

Pemilik Suara Watak Animasi ‘Aki’ Pada Zaman Dahulu Meninggal Dunia

November 15th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelantun suara bagi watak animasi Aki dalam cerita Pada Zaman Dahulu iaitu Dato Alias Lazan disahkan meninggal dunia hari ini. Berita tersebut dikongsikan anaknya Lynda Alias di Facebook. Menurut Lynda, bapanya meninggal dunia pada waktu subuh pagi tadi di Hospital Selayang, Kuala Lumpur.

Al-Fatihah

Menerusi perkongsian di Facebook Lynda, dia turut menzahirkan doa buat arwah ayahnya agar arwah ditempatkan bersama para solihin.

Perginya ‘Aki’

Selain Lynda, Les’ Copaque Production turut memuat naik berita pemergian Dato Alias di akaun rasmi Facebook mereka. Pada masa yang sama, mereka turut memohon netizen untuk sedekahkan Al-Fatihah buat arwah agar roh arwah dicucuri rahmat.

Buat pengetahuan korang, cerita animasi Pada Zaman Dahulu ini berkisar mengenai Aki (atuk) yang sering bercerita mengenai kisah teladan kepada dua orang cucunya iaitu Akis dan Ara. Pelbagai nilai murni dapat dipelajari oleh kanak-kanak seandainya mereka menonton cerita animasi ini.

Baru sahaja tonton Pada Zaman Dahulu

Rata-rata netizen memberi ucapan salam takziah buat keluarga Dato Alias Lazan. Menurut netizen, suara arwah pasti akan dirindui tambahan ketika menonton cerita animasi tersebut.

Sumber: Lynda AliasLes’ Copaque Production

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×