berita

Peminat Aiskrim Craving Bila Tengok Magnum Matcha Crumble, Sampai Viral!

September 22nd, 2023 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

“Nampak sedap je aiskrim tu!”

Pencuci mulut apa yang paling disukai ramai? Mesti la aiskrim! Bila jalan-jalan di luar, ternampak orang lain makan aiskrim. Tekak pun teringin. Lebih-lebih lagi kalau tengah craving. Tergoda la jawabnya!

Bila terfikir tentang aiskrim Magnum, kepala ni mesti terbayang keenakan menikmatinya. Dapat makan satu, memang puas. Nikmatnya tu buat orang tak pandang kiri kanan dah.

Eh, korang dah tahu ke aiskrim Magnum ada perisa baru sekarang?

Magnum Matcha Crumble Baharu buat peminat aiskrim teruja!

Mana yang suka makan aiskrim tu? Munculkan diri korang sekarang. Kami yakin korang mesti salah seorang peminat aiskrim Magnum, jenama aiskrim yang terkenal dengan kelazatannya dan salutan coklat Belgium yang tebal. Kami ada berita gembira!

Baru-baru ni, Magnum keluarkan lagi perisa baharunya iaitu Magnum Matcha Crumble. Aiskrim ni tengah viral di media sosial. Ramai yang macam tak percaya. Excited pun ada!

Kombinasi matcha dengan salutan coklat Belgium yang luar biasa

Buat korang yang belum tahu, matcha ialah sejenis teh hijau yang dibuat dengan cara mengisar daun teh. Ia adalah minuman yang cukup popular di negara Asia. Salah satunya, Malaysia la!

Magnum Matcha Crumble merupakan aiskrim gabungan harmoni konsep Timur dan Barat iaitu budaya Jepun yang sinonim dengan teh hijau. Dipadankan pulak dengan coklat dari Belgium. Fuh, padu habis!

Boleh bayangkan rasa Magnum Matcha Crumble yang unik dengan kombinasi coklat dengan kepingan biskut shortbread yang rangup di luar dan aiskrim matcha di dalam. Bila dimakan, rasanya luar biasa wei.

Senang cerita, tekstur dan perisa aiskrim Magnum baharu ni lain dari yang lain. Kalau korang sukakan matcha, ni la aiskrim yang wajib korang try. Tengok gambar pun nampak sedap!

Perisa baharu Magnum Matcha Crumble dapat sambutan hangat

Pada 11 September 2023 yang lalu, Magnum meraikan perisa baharu mereka iaitu Magnum Matcha Crumble di dalam sebuah acara tertutup di Sentul Depot, Kuala Lumpur. Antara selebriti terkenal yang hadir ialah Daiyan Trisha, Ben Amir dan Qiu Wen.

Bertemakan “Momen True Pleasure”, pelbagai aktiviti budaya Jepun menarik yang dirancang sebagai pengisian acara. Paling best, para jemputan dapat belajar teknik sebenar mengaduk teh hijau premium. Merasa la jadi orang Jepun!

Persembahan tarian bertemakan Timur bertemu Barat juga tak kurang hebatnya. Ada juga hidangan disediakan dengan juadah ekslusif ciptaan chef Magnum X Chateau Dionne. Serius seronok!

Jom cuba Magnum Matcha Crumble hari ni!

Eee, geram la dari tadi asyik payung gambar je. Buat orang tergoda je tau. Sekarang korang mesti dah tertanya-tanya, kat mana nak cari Magnum Matcha Crumble ni kan?

Sangat mudah! Korang pergi je mana-mana pasar mini, pasar raya, kedai serbaneka dan stesen minyak berdekatan. Mesti ada la Magnum Matcha Crumble ni.

Selain tu, korang boleh jugak cari Magnum Matcha Crumble secara online di platform e-dagang dan penghantaran makanan seperti Grab dan Foodpanda. Klik SINI je. Yay!

Alang-alang dah keluar, apa kata korang ajak keluarga dan kawan-kawan korang makan Magnum Matcha Crumble? Makan ramai-ramai la baru enjoy!

Nak info lebih lanjut tentang pelbagai lagi aiskrim Magnum? Boleh klik SINI ya. Jangan lupa like dan follow mereka di Facebook Magnum.

#MAGNUMMatchaCrumble
#TruetoPleasure
#MAGNUMCrackingChocolate
#MadewithBelgianChocolate 

SKIP THIS AD ×