berita

Peminat Dakwa Nampak ‘Baby Bump’, Son Ye Jin Hamil?

May 31st, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto: yejinhand & msteamenter

Dakwaan berita kehamilan pelakon terkenal Korea Selatan, Son Ye Jin hangat diperkatakan oleh peminat minggu lalu sehingga tersebar ke pihak agensi, MSteam Entertainment.

Artikel Berkaitan: Hyun Bin & Son Ye Jin Umum Kahwin, Hashtag #CrashLandingOnYou Trending

Pihak agensi sangkal dakwaan

Foto: yejinhand

Spekulasi itu tercetus apabila Ye Jin memuat naik foto sedang duduk dan bersiar-siar dengan haiwan peliharaannya. Menerusi foto tersebut, dilihat Ye Jin telah mengenakan busana gaun putih yang didakwa peminat untuk menyembunyikan ‘baby bump’.

How are you? Have a delicious lunch and a happy weekend!

Lantaran daripada perkongsian itu, rata-rata peminat mendakwa pelakon ‘Crash Landing On You’ itu sedang berbadan dua. Namun, tanggapan dan spekulasi yang dibuat wargamaya adalah salah sama sekali apabila pihak agensi menafikan perkara tersebut.

Menurut laporan Allkpop, pada 29 Mei lalu, agensi pelakon itu MSteam Entertainment mengeluarkan kenyataan menyangkal khabar angin ini, memanggil dakwaan itu “tidak sama sekali” benar.

Hyun Bin dan Son Ye Jin berkahwin pada 31 Mac lalu selepas dua tahun menyulam cinta.

Sumber: yejinhand allkpop

SKIP THIS AD ×