

Sedang tular di TikTok ketika ini adalah trend mengubah gambar menjadi watak duyung dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Artikel Berkaitan: ‘Awalnya Diberi Nama Bella And Friends..Poster Antara Syarat Yang Saya Letakkan’ – Stacy Dedah Punca Tarik Diri Dari Konsert Sumandak Stars
Artikel Berkaitan: Stacy Selesa Bermain Dengan Elemen Sabah, Nafi ‘Menyala’ Sindir Mana-Mana Pihak – ‘Ini Bukan Perkara Baharu’
Trend gambar duyung

Ramai dalam kalangan pengguna media sosial yang turut serta trend itu dengan mengubah gambar mereka sendiri dan juga selebriti kesayangan.
Salah seorang artis yang ditukarkan gambarnya adalah penyanyi, Stacy.
Gambar tersebut telah dimuat naik di TikTok @teamgilasangatstacy yang dipercayai akaun peminat penyanyi asal Sabah itu.
Walau bagaimanapun, segelintir wargamaya meluahkan rasa kurang senang dengan hasil gambar berkenaan kerana dikatakan agak seksi.
Gambar yang dijana oleh teknologi itu memaparkan Stacy berada dalam air dengan keadaan rambut berwarna merah.
Dia dah masuk Islam, jangan lah menambah dosa dia.
Kesian Stacy, gambar disalah gunakan.
Tak payah lah edit macam itu, dia bini dan ibu orang. Cuba kalau bini korang kena edit macam itu?
Sementara itu, menerusi tinjaun OhBulan!, perkongsian tersebut sudah dipadam dipercayai selepas menerima kecaman netizen.
Sumber: TikTok







![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)