berita

Peminat Mahu Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) Versi Raya. Apa Pendapat Anda?

April 24th, 2014 | by Ai
Kini Trending

BKATC

Akhirnya drama bersiri popular Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) telah pun melabuhkan tirainya kelmarin. Penamat yang membahagiakan itu bukan sahaja dirasai oleh watak Jebat dan Mastura, tetapi hampir semua peminat drama ini.

Drama 60 episod ini meninggalkan kesan yang amat mendalam dihati penonton kerana jalan cerita dan lakonan mantap kesemua pelakon yang terlibat.

Percaya atau tidak, episod terakhir BKATC lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose ini sekali lagi menjadi trending di laman sosial Twitter kelmarin.

BKATC2

Meletakkan elemen suspen dalam trailer episod akhir, ramai peminat kurang berpuas hati kerana menyangka watak Jebat yang dilakonkan oleh Sharnaaz akan mati.

Mungkin bagi yang tidak pernah membaca novel tersebut, mereka merasa seolah-olah dipermainkan kerana secara terang-terangan trailer tersebut menunjukkan Jebat Foo meninggal dunia dan Mastura ditinggalkan seorang diri membesarkan zuriat mereka.

Malah, adegan di tanah perkuburan menguatkan lagi andaian penonton mengenai pengakhiran yang sedih dan mendukacitakan itu.

Namun, sebaliknya berlaku apabila pengarah drama ini menerapkan elemen kebahagiaan di pengakhiran cerita mengikut kisah sebenar seperti yang tertulis di dalam novel.

Screen Shot 2014-04-23 at 9.56.51 PMEpisod akhir BKATC trending di twitter

Namun, dalam banyak-banyak respon, kami tertarik pada peminat yang mencadangkan agar drama BKATC ini ditayang untuk versi Hari Raya pula kerana peminat mahu melihat watak Jebat Foo berpuasa.

Kami sendiri berfikir juga, jika pengarah dapat merealisasikan perkara ini, apa pula sambungan yang akan diberikan? Dan sudah pasti drama ini akan lari daripada skrip asalnya yang berkisarkan pada novel kan?

Fuh! Memang watak Jebat betul-betul meninggalkan kesan yang mendalam pada penonton. Malah ia turut memberi impak terhadap diri Sharnaaz sendiri selaku tunjang utama drama ini.

Sebelum ini Sharnaaz pernah memuat naik status bahawa watak yang digalas akan tetap hidup dalam nyawanya sampai mati walaupun drama tersebut sudah berakhir.

Screen Shot 2014-04-23 at 11.00.04 PM

Apapun, gandingan Sharnaaz dan Nelydia memang mantap, barisan pelakon lain juga berjaya menjiwai watak dalam drama ini. Tahniah diucapkan kepada mereka.

SKIP THIS AD ×