Terdapat pelbagai spekulasi mengenai misteri kehilangan penghibur terkemuka tanah air, Anita Sarawak yang secara tiba-tiba menghilangkan diri sejak pertengahan tahun 2011. Dalam tidak sedar, sudah hampir 7 tahun penyanyi ini menghilangkan diri dari dunia hiburan tempatan.
Malah, terdapat pelbagai andaian dan bermacam versi cerita mengenai kehilangan penyanyi ini namun belum ada mana-mana pihak dapat mengesahkannya.
Pernah temui Anita Sarawak di Singapura
Kehilangan Anita Sarawak dari radar industri hiburan terus menjadi tanda tanya rakan artis dan peminat. Sehingga ada yang mengatakan penyanyi ini masih tinggal di Las Vegas, Nevada dan Amerika Syarikat. Tetapi ada juga sumber mendakwa penyanyi ini telah membina kehidupan baharu di Perancis sejak beberapa tahun lalu.
Bagaimanapun, tahun lepas kecoh pula kisah mengatakan penyanyi ini kembali menetap di Singapura. Hal ini kerana seorang peminat terserempak dengannya di sebuah restoran makanan segera yang agak terpencil di Ang Mo Kio. Malah, peminat tersebut mendakwa dia yakin wanita yang ditemui bersama seorang lelaki Mat Salih berambut hitam itu adalah suaminya, Mahathir Abdullah.
Wajah cengkung, rambut tidak diwarnakan lagi
Saya yakin wanita itu adalah Kak Nita apabila mendengar suara dan melihat bibirnya. Bagaimanapun, wajahnya cengkung dan rambutnya tidak diwarnakan lagi. Saya lihat Kak Nita amat berbeza kali ini.
Raut wajahnya seperti orang sakit. Ketika memerhatikannya, dia sedang makan ubat. Saya duduk hanya jarak dua meja daripadanya. Saya percaya, itulah Kak Nita kerana saya duduk bertentangan dengannya.
Dokumen jual beli kediaman tersebar
Walaubagaimanapun, tahun lalu juga misteri kehilangan Anita Sarawak ini sedikit terungkai apabila dokumen urusan jual beli kediaman yang didakwa miliknya tersebar di internet. Anita Sarawak dan suami didakwa menjual kediaman di Spring Valley, Las Vegas dengan harga kira-kira RM 1.4 juta pada 31 Julai tahun lalu.
Berdasarkan maklumat diperoleh, Mahathir Abdullah masih bekerja di sekitar Las Vegas ketika itu. Siasatan pihak tertentu juga mendapati, pasangan ini telah membeli kediaman baru dengan harga RM 1.3 juta pada 4 Oktober tahun sama.
Penemuan secara tidak langsung itu telah dilihat memberi bayangan perkembangan Anita Sarawak yang selama ini dikatakan merajuk dengan industri hiburan. Bagaimanapun, ia juga menepis khabar angin yang mendakwa pasangan ini sudah pun bercerai.
Mendapatkan rawatan kanser?
Khabar baru yang kedengaran, penyanyi ini sedang mendapatkan rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta di ibu kota. Khabarnya, ada artis lama yang rapat dengannya sudah menziarahinya di hospital berkenaan, namun tidak diizinkan untuk membuka mulut atas permintaan Anita Sarawak sendiri. Malah, wajah penyanyi ini sudah jauh berbeza hingga peminat tidak dapat mengenalinya.
Terdapat pelbagai khabar angin mengenai Anita Sarawak sehingga tidak tahu ianya sahih mahupun tidak. Mungkin ada benarnya penyanyi ini kurang sihat berdasarkan cerita peminat yang menemuinya.
Jika benar penyanyi Anita Sarawak berdepan penyakit kanser, doakan yang terbaik dan diberi kesembuhan buat dirinya. Semoga penyanyi Seksis ini sembuh dari penyakit dan kembali ke pentas demi peminat.
Sumber: BH Online