berita

Peminat Teruja Hero Kacak, Kim Woo Bin Buat Comeback Selepas 3 Tahun Menyepi Kerana Kanser

November 21st, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Semua sedia maklum, pelakon terkenal Korea Kim Woo-bin sedang bertarung nyawa melawan kanser sejak empat tahun yang lalu. Pelakon yang terkenal dalam drama ‘The Heirs’ sebelum ini terpaksa melepaskan banyak peluang tawaran berlakon kerana ingin menjalankan rawatakan kanser.

Terbaru, menerusi Koreaboo pelakon kacak ini akan kembali semula dalam filem terbaru yang dikhabarkan akan menjadi watak utama. Mesti ramai peminat tak sabar!

Anugerah Filem Blue Dragon ke-40

Baru-baru ini, Kim Woo Bin telah mengesahkan kehadirannya dalam satu majlis Anugerah Filem Blue Dragon ke-40. Majlis tersebut dikhabarkan akan diadakan di Paradise City di Incheon dan ini merupakan kemunculan pertama pelakon itu selepas 2 tahun 6 bulan.

Kemunculan ini merupakan kemunculan pertamanya di khalayak ramai sejak dia menghentikan semua promosi kerana diagnosis kanser nasofaringnya. Menurut sumber, Kim Woo-bin dikabarkan akan muncul dalam filem terbarunya bersama pelakon Ryu Jun-yeol dan Kim Tae-ri.

Terpaksa tolak tawaran berlakon bersama pengarah hebat

Sebelum diagnosis kansernya, Kim Woo Bin pernah menolak tawaran dalam filem baru oleh pengarah Choi Dong Hoon, yang dianggap sebagai salah seorang pengarah filem paling berjaya di Korea. Pengarah dan pelakon itu pernah bekerjasama dalam filem Wiretap (2018).

Namun, pengeluaran filem akhirnya berhenti selepas Kim Woo-bin didiagnosis dengan kanser nasofaring. Walaupun ramai yang agak kecewa, namun ramai yang mendoakan pelakon itu kembali pulih seperti sedia kala.

Bakal muncul filem terbaru bersama Kim Tae-Ri

Berita Kim Woo Bin akan kembali ke industri tidak lama lagi menarik perhatian ramai yang rata-ratanya teruja menunggu filem terbarunya. Kim Woo-bin dipaksa berehat selepas didiagnosis dengan kanser nasofaring pada tahun 2017 selepas drama ‘Uncontrollably Fond’. Kanser nasofaring adalah sejenis kanser yang tumbuh di rongga belakang hidung dan belakang lelangit.

SidusHQ sebagai agensi mengesahkan bahawa artis itu tidak dalam keadaan yang teruk dan segera menerima terapi radiasi dan ubat. Pada awal tahun 2019, SidusHQ memaklumkan bahawa keadaan Kim Woo-bin jauh lebih baik dan dapat melayan peminat menerusi projek filem baru. Buat pengetahuan semua, Anugerah Blue Dragon ke-40 akan diadakan pada 21 November, jam 8:45 malam KST. Anda boleh menontonnya di SBS.

Sumber : Koreaboo

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×