berita

Peminjam PTPTN, Nikmati Manfaat Istimewa Kempen Jom Bayar PTPTN Sempena Hari Mesra Pelanggan

December 20th, 2023 | by Anis Suraya
Kini Trending

Pernah dengar tak orang cakap pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang?

Tidak dinafikan, bukan semua pelajar mampu untuk menanggung kos pembelajaran yang semakin meningkat.

Oleh sebab itu, mengambil pinjaman pendidikan merupakan satu alternatif yang boleh dipertimbangkan untuk memudahkan pelajar di luar sana menyambung pengajian.

Kenapa korang mohon pinjaman pendidikan..

Faktor utama yang menyebabkan seseorang mengambil pinjaman pendidikan adalah untuk menampung kos yuran pengajian dan kos sara hidup tidak kira belajar di IPTA atau IPTS.

Korang mungkin perlu membayar balik hutang selepas tamat pengajian, tetapi sebelum itu meh min bagitau sebab kenapa korang kena mohon pinjaman pendidikan ni.

Kredit: Sarawak News

Akses pendidikan

Apabila pelajar mengambil pinjaman pendidikan, ia dapat membuka peluang kepada pelajar yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan yang sama dengan pelajar lain di mana mungkin sebelum ini tidak mampu ditanggung oleh keluarga mereka. 

Peluang kerjaya

Apabila korang mendapatkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi, peluang kerjaya untuk memperoleh pekerjaan yang lebih baik dengan gaji yang berbaloi pun akan tinggi. 

Bantuan kewangan

Pinjaman pendidikan yang diperoleh boleh ditukar menjadi bantuan kewangan untuk membantu pelajar membayar kos kehidupan di tempat belajar. 

Sebagai contoh, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah merupakan organisasi yang menjadi antara indikator penyelamat dan sumbangan kewangan yang besar kepada anak-anak bangsa untuk terus melangkah mencapai cita-cita. 

Melalui pendidikan, PTPTN memberi peluang kepada mereka untuk membangunkan taraf hidup keluarga, bangsa dan negara dengan memberi kemudahan pinjaman pembelajaran.

Bayaran balik pinjaman PTPTN

Semestinya, setiap peminjam bertanggungjawab untuk membayar balik pinjaman PTPTN yang diberikan kepada mereka.

Jangan runsing admin akan bantu korang untuk selesaikan urusan bayar balik pinjaman korang!

Kempen Jom Bayar Balik sempena Hari Mesra Pelanggan PTPTN

Tawaran istimewa kepada peminjam

Kunjungi mana-mana cawangan PTPTN berdekatan dengan korang bermula 12 Disember hingga 31 Disember 2023 ini sahaja.

Pelbagai tawaran istimewa diberikan kepada para peminjam PTPTN antaranya:

a) Peminjam yang membuat bayaran balik pinjaman PTPTN layak menikmati insentif diskaun yang diberikan Kerajaan sehingga 15 peratus.

b) Peminjam yang mempunyai tunggakan hanya perlu membuat bayaran pendahuluan tunggakan sekurang-kurangnya RM300 sahaja dan boleh membuat penstrukturan semula pinjaman.

c) Peminjam yang membuat bayaran balik layak menyertai Cabutan Jom Bayar PTPTN  dengan tawaran hadiah bernilai RM70,000 untuk 140 orang pemenang.

d) Peminjam yang membuat bayaran balik pinjaman pendidikan akan diberikan cenderamata eksklusif.

Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN berkata, “PTPTN juga terus komited untuk memastikan para peminjam membuat bayaran balik pinjaman secara konsisten bagi kelangsungan dana untuk generasi akan datang.

Inilah peluang terbaik kepada semua peminjam untuk berunding dengan pegawai PTPTN dan berpeluang membuat penstrukturan semula pinjaman dengan tawaran yang lebih menarik, memenangi hadiah lumayan serta mendapat cenderamata eksklusif daripada PTPTN!

Hubungi barisan hadapan PTPTN yang sedia membantu

PTPTN juga telah melancarkan inisiatif #PTPTNSediaBantu, yang membolehkan peminjam mengemukakan sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai pembayaran pinjaman mereka melalui 5 saluran di bawah: 

  1. Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000, (Beroperasi Isnin hingga Jumaat, jam9.00 pagi hingga 5.00 petang)
  2. Live Chat di Portal PTPTN (https://www.ptptn.gov.my)
  3. Eksekutif Pemasaran (https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn)
  4. e-AduanPTPTN (https://eaduan.ptptn.gov.my)
  5. Media sosial (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional)

Untuk makluman, waktu operasi kaunter di Pejabat PTPTN Negeri dan Cawangan seluruh negara dilanjutkan mulai jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang termasuk hari Sabtu daripada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. 

Dapatkan maklumat lanjut tentang kempen ini dengan layari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my

PTPTN mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada peminjam PTPTN yang telah membuat bayaran balik pinjaman. Komitmen peminjam yang membuat bayaran balik amat dihargai dalam memastikan kelangsungan dana PTPTN untuk pemberian pinjaman pendidikan kepada generasi akan datang.

SKIP THIS AD ×