Pempengaruh media sosial, Nashkay tampil memberikan respon terhadap dakwaan seorang individu yang melabelnya sebagai ‘kaki kikis’ susulan hubungannya dengan suami yang kini telah kembali jernih.

Artikel Berkaitan: Pempengaruh Dakwa Suami Usia 64 Tahun Main Kayu Tiga – ‘Cukup Salahkan Saya Sedangkan Yang Terlanjur Itu Awak’

Artikel Berkaitan: Dilabel Mata Duitan, Mawar Rashid Dedah Kerja Sampai ‘Burnout’ – ‘Ingat Drama Mega Holding Ke Nak Kikis Ni’

‘Kenapa tak boleh guna duit suami?’

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nashkay atau nama lengkapnya Siti Nur Nashrah menyifatkan dakwaan tersebut tidak berasas kerana dirinya juga bekerja keras dan mempunyai jadual kerja yang padat.

Nak kata saya kikis duit, jadual pun penuh dengan kerja.

Tambahnya lagi, mengikut Islam, sebagai seorang isteri, tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan rezeki yang diberikan oleh suami.

Tapi kenapa tak boleh guna duit suami?

Mungkin dia bukan islam kot. Kalau Islam, dia tahu isteri memang boleh guna duit suami. 

Suami yang kena bayar rumah, bagi anak-anak makan. Saya pun tak tahu lah apa maksud awak.

Nashkay juga mengakui tidak pasti apa motif individu terbabit membuat tuduhan sebegitu, namun berharap masyarakat lebih memahami tanggungjawab sebenar suami isteri dalam rumah tangga mengikut ajaran agama.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil mempertahankan Nashkay dan menyokong kenyataannya. 

Mereka turut menasihati pempengaruh itu supaya tidak melayan komen-komen negatif yang boleh menjejaskan emosi dan semangat.

Sumber: TikTok