berita

Pemuda Dikecam Kerana Berlakon Jadi Cacat Untuk Dapatkan Parking – ‘Moga Makbul Jadi OKU’

December 8th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Hanya kerana mahu mendapatkan parkir kereta di sebuah pusat membeli belah, seorang pemuda dipercayai sanggup ‘berlakon’ menjadi orang kurang upaya (OKU).

Video yang dikongsikan itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan tidak bermoral pemuda terbabit.

Berlakon jadi OKU

Menerusi video berdurasi 38 saat yang dikongsikan semula di laman Twitter memaparkan, seorang lelaki dan rakannya berada kawasan parkir di sebuah pusat membeli belah. Namun, mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan parkir kereta disebabkan pengunjung terlalu ramai.

Susulan daripada itu, seorang rakannya mencadangkan ada satu cara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan parkir. Rupa-rupanya cadangan tersebut adalah dengan meletakkan kenderaan mereka di petak khas untuk OKU. Kelihatan salah seorang daripada mereka dipercayai dengan selambanya ‘berlakon’ menjadi OKU semata-mata mahu mendapatkan parkir dengan cara yang mudah.

Aku ada dekat **** ni, tapi nak parking susah. Lepas itu, kawan cakap kalau nak dapat parking ada satu cara. Betul-betul dapat parkinglah, tapi cara dia pelik sikitlah. Betul-betul dia jadi cacat, ini kalau kantoi dengan pak guard ni memang mati. Tapi, betul-betul dapat parking.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton hampir 23,000 kali. Menjengah di ruangan komen, kebanyakan netizen mengecam tindakan lelaki terbabit yang didakwa menyalahgunakan kemudahan disediakan untuk golongan OKU. Malah, tidak kurang juga ada di antara mereka berharap agar perbuatan seperti ini tidak menjadi ikutan orang ramai.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×