Baru-baru ini, aktres jelita Diana Danielle curi perhatian ramai dengan gaya rambut baru ala ‘boy cut’. Ramai yang melihat penampilan barunya itu persis pelakon kacukan, Sofia Jane. Begitu cantik dan fresh! Seperti biasa, pembaharuan itu telah membuka ruang untuk pelbagai spekulasi disebalik pilihan pelakon itu memotong rambutnya.
Walaupun tiada kenyataan rasmi daripadanya yang dikeluarkan, namun ramai menganggap perubahan Diana ada kena mengena dengan kes suaminya, Datuk Farid Kamil. Segala spekulasi telah pun terjawab, terbaru, laman rasmi @golgincu2 di Instagram merujuk penampilan baru Diana sebagai persiapan kemunculannya dalam siri terbaru Gol & Gincu yang bakal ditayangkan tidak lama lagi!
Untuk Gol & Gincu rupanya
Setelah 12 tahun menyepi, filem Gol & Gincu yang pernah mewarnai skrin dengan drama siri di saluran 8TV bakal menemui penonton di pawagam dijangka pada hujung tahun ini. Dikhabarkan filem ini akan dibarisi wajah-wajah baharu dalam dunia lakonan serta turut menjemput kembali beberapa watak asal seperti ‘Puteri’ yang pernah diterajui aktres, Nur Fazura.
Pemilihan pelakon telah pun dijalankan sehingga 15 Disember lepas dan difahamkan penggambaran telah pun bermula beberapa hari lalu. Tidak pasti watak apa yang bakal disandang oleh Diana, adakah sebagai ‘Puteri’? Atau, apakah Fazura bakal kembali sebagai watak asalnya? Yang pasti, peminat siri Gol & Gincu mesti tidak sabar nak menonton filem ini.
Bakal muncul dalam filem Gol & Gincu 2
https://www.instagram.com/p/BeT_10Xjx_N/?hl=en&taken-by=dianadanielleb
Bagi yang ingin tahu kemas kini penggambaran filem ini, jaga lupa ikui laman rasmi Gol & Gincu 2; @golgincu2
Sumber: Instagram @golgincu2