berita

‘Aku Yang Pakai, Kau Yang Panas’ – Respon Che Ta Bila Penampilan Ke Stadium Dikritik ‘Over’

December 7th, 2018 | by Arini Saleh
Lensa Insta

Penampilan selebriti Rozita Che Wan ke Stadium Bukit Jalil ketika perlawanan bola sepak separuh akhir Piala AFF 2018 baru-baru ini telah menarik perhatian netizen. Che Ta memakai baju ‘jumper’ berwarna kuning, ‘tights’ hitam serta but bertumit tinggi.

Di ruangan komen, netizen memuji Che Ta yang sentiasa tampil bergaya ke setiap acara yang dihadiri. Tidak kurang juga yang menganggap selebriti itu sedikit ‘over’.

Penampilan Che Ta ke stadium curi tumpuan

 

View this post on Instagram

 

Sapa yang tak sabaq tgk bola petang ni ? . Cer komen sikit .. . @anaszahrin @msuhelmy . ? @saifvl

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Tak hangat ka?

Respon Che Ta

Aku yang pakai, kau yang panas.

Bulu mata palsu saya memang sentiasa pakai. Saya ada jersi warna biru tapi sudah pakai sebelum ini, jadi takkan ulang pakai baju sama. Saya pakai but sebab kaki kan aurat. Lagi pula apa masalah tengok bola pakai but?

Mereka kata saya berpeluh-peluh pakai macam itu. Macam mereka mana tahu? Saya setitik peluh pun tak rasa keluar. Saya dapat tiket VVIP sebab adik ipar kapten Malaysia. Tidak perlu beratur nak masuk stadium.

Over sangatkah? Bagi saya ia sangat ringkas dengan memakai jumper, ‘tights’ dan but. Saya pula jenis takkan keluar rumah pakai kemeja dan seluar jeans. Tidak sama sekali.

Sekurang-kurangnya saya akan sarungkan dengan jaket. Sebabnya nanti sejuk dan boleh demam. Kenapa tak pakai ‘sport shoes’? Saya bukan tomboy. Kalau beli, saya pakai sekali saja dan berikan kepada anak.

Menurut Che Ta, gaya yang dikenakannya itu sudah cukup ringkas. Tambahnya lagi, dia tidak akan sesekali hanya memakai jeans dan kemeja keluar rumah.

Sumber : Harian Metro