
Pempengaruh dan doktor selebriti, Dr Say Shazril mencuri perhatian netizen selepas berkongsi video bersama isteri, Dr Azura Abas menyertai pertandingan kecergasan Hyrox yang berlangsung di Singapura baru-baru ini.
Netizen kecewa
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, pasangan doktor itu berkongsi kejayaan mereka menempuh pelbagai cabaran dalam acara tersebut dalam tempoh 1 jam 33 minit mekipun hanya empat minggu latihan.
Bagaimanapun, selain kejayaan mereka menamatkan pertandingan itu, penampilan pasangan ini ketika bersukan turut menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.
Ramai yang menegur pemakaian isteri Dr Say yang hanya mengenakan sports bra, yang dilihat mendedahkan sebahagian tubuh badannya selain turut menegur Dr Say sendiri yang dilihat tidak berbaju ketika menyertai pertandingan tersebut.
Ada dalam kalangan netizen yang meluahkan rasa kecewa apabila pasangan tersebut yang sebelum ini sering tampil dengan imej positif namun kini dilihat memakai pakaian sukan yang tidak menutup aurat dengan sempurna.
Komen netizen


Sumber: Instagram Dr Shazril








