berita

Penampilan Istimewa PSY Di Germany’s Next Top Model

May 30th, 2013 | by Ai
Kini Trending

418418780_640

Penyanyi dan penghibur dari Korea yang semakin popular ini khabarnya akan menghadirkan diri dan membuat penampilan istimewa di pusingan akhir Germany’s Next Top Model.

Pada 30 Mei iaitu hari ini, waktu Jerman, PSY dijangka akan membuat persembahan menerusi lagu terbarunya berjudul ‘Gentleman’ bersama 25 lagi peserta German’s Next Top Model musim ini.

PSY dan pengacara rancangan realiti TV itu, Heidi Klum sebelum ini pernah bekerjasama melalui persembahan parodi lagu ‘Gangnam Style’ di 2012 MTV Europe Music Awards.

GNTM-Kandidatinnen-Heidi-Klum-07022013-ddpimages

Barisan peserta Germany’s Next Top Model 2013

Selain daripada PSY, penyanyi dan penulis lagu, Bruno Mars juga difahamkan akan turut berada di episod akhir Germany’s Next Top Model.

Adakah Bruno Mars juga membuat persembahan atau dipilih menjadi salah seorang juri? Kita tunggu sajalah bila ia ditayangkan nanti ya?

Sumber: Soompi

Jom tengok dulu MV Gentleman oleh PSY di bawah.

SKIP THIS AD ×