Agak sudah lama tidak mendengar kisah mengenai pelakon Natasha Hudson dalam dunia hiburan. Baru-baru ini, Natasha Hudson tampil di khalayak ramai di sebuah majlis pelancaran produk kecantikan yang turut menyaksikan dirinya dan Keith Foo sebagai duta produk tersebut.
Dia yang tampil dengan busana seolah-olah menampakkan bahagian bahu (off shoulder) dalam majlis tersebut mengundang pelbagai kecaman netizen.
Apa yang tak kena dengan baju ni?
Memetik laporan Astro Gempak, imej yang digayakan itu telahpun dimuat naik di IG Story mengundang kecaman netizen. Enggan melayani kata-kata netizen, Natasha menjelaskan rekaan fesyen Rizman Ruzaini itu sebenarnya mempunyai fabrik yang mengikut warna kulit si pemakai.
Apa yang tak kena dengan baju ni? Ada kain guys, janganlah tertipu dengan warna kain ni. Sabar, ianya berlapik. KIta mengikut tema glamour yang dianjurkan penganjur. Ini bukan pelancaran kedai mamak, ini pelancaran produk.
Lagipun saya bukan selalu bergaya. Mereka dah sediakan semua, jadi saya ikut saja. Ada tatarias, dan mereka tahu apa yang mereka lakukan.
Saya tak kisahlah
Sementara itu, Natasha turut menyifatkan netizen kurang matang dengan hanya menilai dari penampilan busana tersebut sahaja. Bagaimanapun, Natasha enggan mengulas lanjut mengenai kecaman-kecaman yang diterimanya terhadap busana.
Orang kena matang, mungkin mereka dah lama tak tengok saya bergaya. Ini kerjaya kita. Orang takkan berhenti bercakap walau apapun kita buat termasuklah pakai niqab ke tak. Saya tak kisahlah, lagipun mereka bukan bagi kita makan.
Sumber: Budiey, Astro Gempak