Nama influencer dan model iaitu Ayana Jihye Moon yang berasal dari Korea ini pernah menjadi sebutan ramai di Malaysia dan Indonesia selepas memilih untuk menjadi seorang mualaf pada tahun 2012. Sejak daripada itu, Ayana mula berjinak dalam bidang permodelan hijab dan pakaian muslimah sehingga namanya dikenali ramai.
Penampilan Ayana jadi tumpuan
Ayana Jihye Moon yang dilahirkan pada 28 Disember 1995 mempunyai pengikutnya tersendiri malah ramai dalam kalangan wanita menjadikan Ayana sebagai ‘role model’ selain menginspirasikan gaya dan fesyennya yang menutup aurat. Namun perkongsian Ayana di Instagram sebentar tadi telah mengundang pelbagai persoalan daripada netizen yang rata-ratanya tertanya-tanya sama ada gadis cantik ini masih berhijab ataupun tidak.
Menerusi gambar yang dikongsikan, kelihatan Ayana hanya menutup rambutnya menggunakan hoodie sahaja tanpa memakai hijab sehingga menampakkan warna rambut serta lehernya. Gambar tersebut dipercayai diambil ketika Ayana menghantar adik lelakinya, Aydin ke pusat latihan ketenteraan di Korea.
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat Aydin namun ada segelintir daripada mereka seakan kurang senang dengan penampilan baharu Ayana. Mereka tertanya-tanya adakah Ayana masih berhijab atau sebaliknya namun menerusi perkongsian di InstaStory, Ayana ada memberi respon terhadap satu komen berhubung penampilannya itu. Ayana berharap agar orang ramai memahami dan menghormati situasinya itu.
Mana tudungnya?
Respon Ayana
Sumber: Ayana Jihye Moon