
Penampilan isteri kepada pelakon Shukri Yahaya, Tya Adnan yang istiqamah menutup aurat dengan sempurna sebagaimana dituntut dalam Islam meraih pujian daripada orang ramai.
Artikel Berkaitan: Tya Adnan Tegur Sikap Individu, Kecewa Baju Muslimah Dijadikan Bahan Jenaka – ‘Kami Jual Pakaian Untuk Bantu Wanita Tutup Aurat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tya Adnan Reka Pakaian Sukan Muslimah, Netizen Beri Sokongan Penuh – ‘Nak Aktif Tak Semestinya Kena Ketat’
Niqab
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, individu dikenali Natasha berkata Tya merupakan antara ikon selebriti berniqab yang dia paling kagumi kerana penampilannya yang sentiasa sederhana dan patuh syariah.
Tya Adnan merupakan salah seorang ikon selebriti berniqab yang paling saya kagumi.
Dia benar-benar menjaga aurat seperti yang dituntut dalam Islam, menutup aurat dengan sempurna, tidak menampakkan bentuk tubuh, tidak berpakaian secara berlebihan dan sentiasa mengutamakan kesederhanaan.
Menurut wanita itu, kecantikan Tya tetap terserlah meskipun tampil berniqab sekali gus membuktikan bahawa kesopanan dan pematuhan terhadap tuntutan menutup aurat tidak menghalang seri wajah seseorang.
Malah, dia turut mengakui Tya menjadi inspirasi kepada orang ramai, bukan sahaja kerana penampilan tetapi caranya membawa diri.
Walaupun berpakaian serba tertutup, kecantikannya tetap terserlah. Betapa mulianya seorang wanita yang menjaga auratnya.
Dia sangat merendah diri dan turut menjadi inspirasi kepada ramai orang melalui keperibadian dan kesopanannya.
Saya benar-benar mengaguminya.
Sumber: Threads







