berita

Penampilan Ustaz Kazim Dalam Salawat 1442 Bersama Tuju K-Clique Terima Pujian

October 28th, 2020 | by Amat
Video Popular

Ustaz Kazim Elias bersama gabungan rappers baharu dikenali sebagai TUJU dan TYCO tampil dengan lagu selawat yang lain dari lain. Gabungan salawat dan muzik ini dilancarkan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang bakal disambut segenap umat Islam di seluruh dunia. Ini juga merupakan penampilan pertama Ustaz Kazim Elias sebagai penyanyi!

Salawat 1442

Salawat 1442 ini dicipta oleh komposer  dan tulisan liriknya Tuju, Neo, Almanjawi & Public Domain ini telah dipromosikan di sebuah rancangan terbitan Astro iaitu Meletop semalam. Di dalam video Salawat 1442 ini, bukan hanya Ustaz Kazim Elias berselawat sahaja, malah, dia juga menyanyi juga!

Malah, rata-rata pendengar juga memuji akan hasil gabungan antara Ustaz Kazim Elias dan penyanyi muda iaitu DUKE, TUJU dan TYCO. Mereka mengakui turut suka dengan setiap lirik yang dinyanyikan dalam memberi makna dan kesedaran kepada umum.

Video ini baru sahaja dimuatnaik semalam itu telah mendapat lebih 7.7 ribu tontonan di laman YouTube. Semoga karya sebegini terus mendapat tempat di hati masyarakat khususnya anak muda dan semua.

Sumber: Imaan Music

SKIP THIS AD ×