berita

Penangan Risik Pada Hati, Suami Terpaksa Tadah Telinga Isteri Membebel Pasal Perangai Adam

August 5th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Umum mengetahui, drama slot Akasia TV3, Risik Pada Hati berjaya menambat hati para penonton sehingga ada babak yang menjadi tular selepas dikongsikan semula di media sosial.

Memberi penangan yang cukup hebat, seorang suami terpaksa menadah telinga mendengar bebelan si isteri yang menjadi emosi selepas menonton drama tersebut.

Artikel Berkaitan: Babak ‘Nur Hayfa Hamzah, I Cerai You Talak 1’ Berjaya Buat Netizen Teriak Tonton Drama ‘Risik Pada Hati’

‘Awak cakap dekat saya kenapa?’

Menerusi perkongsian pengguna @fayizz93 di laman TikTok, dia terpaksa menadah telinga apabila dimarahi isterinya yang sedang membebel isu poligami akibat terkesan daripada menonton drama tersebut.

Dalam video tersebut, wanita itu berkata bahawa dia setia menonton drama tersebut di televisyen dan media sosial, dan ada kalanya menangis angkara babak-babak tertentu.

Cerita pasal kahwin dua tu…cerita ini lah, kadang saya duduk atas sofa awak tanya kenapa menangis?

Akibat terlalu menghayati jalan cerita drama tersebut, wanita itu meluahkan rasa tidak puas hati tentang cara Adam melayani Hayfa, watak yang dibawa pelakon Ummi Nazeera, dan suaminya yang terkena tempias.

Bukan saya yang buat macam itu, awak cakap dekat saya kenapa?

Bukan itu sahaja, wanita itu turut berseloroh memberi amaran agar suaminya tidak melakukan apa-apa perkara seakan watak Adam dalam drama Risik Pada Hati itu.

Netizen terhibur tengok isteri membebel

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan situasi yang dihadapi lelaki itu sehingga ada yang tumpang simpati dengan nasib suami berkenaan.

Sumber: TikTok @fayizz93

SKIP THIS AD ×