berita

Penangan Sales Hujung Tahun- Poket Makin Nipis, Rumah Makin Bersepah. Nah, 4 Tips Mudah!

December 23rd, 2019 | by Nurul
Kini Trending

Image result for people online shopping

Hujung-hujung tahun ni memang banyak betul sales yang memang boleh menipiskan iman dan poket. Sales 11.11, Black Friday, Cyber Monday, 12.12 dan banyak lagi lah! Memang main pilih jelah barang masuk dalam cart! Barang lama pun tak habis guna lagi, dah tambah barang lain.

Sedar-sedar, rumah pun dan takde space dan bersepah! Korang pulak pening sebab takde masa nak mengemas. Ada ke antara korang yang macam ni? Haa..jangan risau, meh kami kongsi sikit tips mudah untuk rumah kemas rumah yang banyak barang..

Fokus kemas satu-satu bilik..

Kalau rumah korang jenis ada stor untuk simpan barang, takde masalah lah. Tapi untuk korang yang takde stor dan main longgok je barang dalam mana-mana bilik yang ada space, memang lama-lama nampak macam gudang la bilik korang tu!

Jadi, untuk permulaan, korang kena fokus kemas satu-satu bilik. Mula dengan bilik yang paling banyak barang. Bukan apa, kalau korang kemas semua bilik dalam 1 hari, takut sekerat jalan, korang dah letih, dah takde mood nak sambung kemas. Alamatnya, rumah pun makin bersepah!

Lepas guna, simpan barang di tempat asal..

Yang ni pun penting. Katakanlah korang beli vacuum cleaner, first day beli ni memang lah excited nak terus pakai dan vacuum satu rumah. Tapi esok lusa lepas pakai, terus biar je kat ruang tamu dengan alasan, “Ala..esok kan nak guna lagi, buat apa simpan dalam kotak”.

Haa..memang sampai ke sudahlah vacuum tu bertapa kat ruang tamu korang. Seeloknya lepas guna, terus je simpan dalam kotak ataupun dalam stor. Bila bertangguh, lagilah malas.

Jangan simpan barang yang dah rosak! No..no..no..

<

Yang ni memang penyakit ramai orang. Beli alatan senaman lepastu bila dah rosak atau tak guna, korang campak je dalam stor. Kononnya esok lusa nak repair dan boleh guna balik. Tapi percayalah, sudahnya barang korang yang rosak tu kumpul habuk jelah.

Lepas tu bila ada sales, korang beli pulak yang baru dan barang yang lama masih tak berbuang. Sayang katanya. Kan membazir tu!

Beli satu barang, jual satu barang..

Bagi kami, cara ni lah yang paling efektif sekali. Apa kata korang jadikan satu habit, setiap kali beli barang yang mahal seperti perabot, smartphone, laptop, kamera, beg tangan dan macam-macam lagi barang berharga, korang kena let go atau jual satu barang yang korang ada.

Yelah, bukan je space korang dapat dijimatkan, tapi duit pun boleh masuk poket balik! Boleh lah shopping bila ada sales lain pulak. Hehe..

Bak kata Mudah.my “Kena Sales? Kena Sell”

Dengan lambakan online sales yang melanda seluruh dunia beberapa bulan lepas, memang hujung bulan tinggal habuk jelah dalam akaun bank. Samalah macam tuan rumah yang dah pokai sampai nak beli gula-gula pun tak mampu!

Adoi..Jangan bimbang, Mudah.my ada penyelesaiannya!

Baru-baru ini, Mudah.my telah melancarkan kempen “Kena Sales? Kena Sell!’ yang bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia menjual barangan yang mereka tak lagi perlukan atau gunakan secara dalam talian.

Bukan itu je, Kena Sales? Kena Sell! juga turut menawarkan kepada pengguna cara untuk dapatkan kembali wang yang dibelanjakan, di samping memberi ruang untuk korang membuat pembelian baru dan mengemas rumah dengan lebih efisyen!

Apa tunggu lagi, inilah masanya untuk korang jual barang-barang yang dah tak digunakan sambil boleh tambah duit poket di Mudah.my. Jom muat turun aplikasi Mudah.my hari ini di Google Play atau App Store.

Untuk maklumat lanjut tentang platform Mudah.my, layari laman web Mudah.my atau Facebook page mereka.

Jual je di Mudah.my. Rumah kemas, duit pun dapat! Semua pun mudah!

SKIP THIS AD ×