berita

Penantian 10 Tahun Berakhir, Isteri Irwanshah Selamat Bersalin Baby Boy. Ukkasya Muhammad Syahki Nama Pilihan!

March 31st, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Setelah 10 tahun menjalani kehidupan berumah tangga bersama, akhirnya, pasangan selebriti Indonesia iaitu Zaskia Sungkar dan Irwansyah selamat menimang cahaya mata lelaki. Berita gembira itu dikongsikan menerusi akaun Youtube keluarga Sungkar’s. Tahniah!

Lahirnya Ukkasya Muhammad Syahki

Assalamualaikum anak solehku, Ukkasya Muhammad Syahki. Anak baik, Qurrataa’yunnya mami papa yang menyusunya tanpa henti. Terima kasih banyak-banyak buat Dr @reinorambey, @drtiwi , @rsiabundajakarta , @morulaivf_jakarta , dan teman-teman semua yang belum pernah ketemu tapi doanya luar biasa.

Menurut Irwanshah, isterinya selamat melahirkan zuriat sulung mereka pada 30 Mac yang lalu. Ujar Irwanshah lagi, bayinya itu dilahirkan secara pembedahan dan berat badan bayi pada waktu itu adalah 3.4 kilogram. Irwanshah dan isteri juga turut mengumumkan bahawa Ukkasya Muhammad Syahki merupakan nama pilihan buat putera kesayangan mereka.

Di Instagram, Irwanshah turut berterima kasih kepada semua yang tidak pernah henti mendoakan kebahagiaannya dengan isteri. Jelasnya, semoga Allah membalas setiap doa dan ucapan manis yang diberikan oleh netizen buat mereka berdua.

Sangat gembira

Terdahulu, pasangan ini telah berkahwin pada 15 Januari 2011 dan sudah menjalani beberapa ujian kesihatan dalam usaha mendapatkan zuriat. Zaskia juga pernah meluahkan rasa berbaloi dengan usaha mereka sebagai suami isteri untuk melakukan proses ivf  sejak beberapa tahun yang lalu demi mendapatkan anak.

Sumber: Sungkar’s Family

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×