berita

Penantian 24 Tahun Berakhir, Wanita Lahir Cahaya Mata Pertama Pada Usia 43 Tahun

June 21st, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga yang dibina. Namun, tidak semua pasangan bernasib baik dalam melayari bahtera rumah tangga untuk memiliki zuriat mereka sendiri.

Seorang pengguna Facebook iaitu Fazilah Fazilah ada berkongsi satu berita gembira apabila dia selamat melahirkan cahaya mata pertamanya setelah hampir 24 tahun menanti.

Penantian 24 tahun

Menerusi perkongsian tersebut, Fazilah meluahkan rasa syukur atas kehadiran cahaya mata dalam rumah tangganya bersama suami. Tambahnya lagi, pelbagai usaha, ikhtiar dan doa yang telah dilakukan. Bukan itu sahaja, pelbagai ujian dan dugaan yang ditempuhi sepanjang 24 tahun ini.

Melahirkan adalah pengalaman yg sangat luar biasa, saat melahirkan menunjukkan kekuatan tekad untuk membawa kehidupan baru kedunia.

Menurut Fazilah yang berusia 43 tahun memberitahu, tiada pasangan suami isteri yang tidak mahukan zuriat sebaliknya mereka hanya mampu berdoa dan menunggu rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Hari yang sangat bermakna

Menceritakan kisah itu, Fazilah memaklumkan tanggal 5 Jun 2020 iaitu pada hari Jumaat merupakan hari yang sangat bermakna baginya dan suami selepas dia selamat malahirkan puteri yang diberi nama Nur Fasihah Qhadeejah Binti Mohamad pada jam 9:58 pagi.

Anugerah terindah buat saya dan suami walaupun diusia yang sudah lewat. Kegembiraan dalam tangisan penantian yang ditunggu-tunggu akhirnya Allah makbulkan.

Dalam kesempatan itu juga, Fazilah turut meluahkan rasa penghargaan kepada Dr K. Anussia yang bertugas di Klinik Kesihatan Lawin, semua jururawat terutamanya Kak Zaharaton atas segala bantuan dan khidmat yang diberikan sepanjang tempoh ini.

Sementara itu, dia juga turut berterima kasih kepada semua rakan-rakan dan pengguna Facebook yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga.

Sumber: Fazilah Fazilah

SKIP THIS AD ×