Sekadar gambar hiasan
Di New Delhi, India seorang wanita berusia 63 tahun yang menetap di bandar Cuttack, Odisha mencuri perhatian selepas bermurah hati mewasiatkan seluruh hartanya sekitar 1 crore rupee (anggaran RM559,623) kepada seorang penarik beca.
Difahamkan, penarik beca itu yang bertanggungjawab menjaganya selepas kematian suami dan anak tersayang.
Serah semua aset
Foto: India Times
Lapor India Times, wanita yang dikenali sebagai Minati Patnaik dipercayai menyerahkan rumah tiga tingkat di kawasan Sutahat, barangan kemas serta aset lain kepada seorang penarik beca, Budha Samal. Budha yang tinggal bersama isteri dan dua anak lelakinya sebelum ini berkhidmat buat Minati dan ahli keluarganya.
Difahamkan, Minati berkahwin dengan seorang hartawan dikenali sebagai Krishna Kumar Patnaik dan hidup bahagia bersama anak perempuan tersayang, Komal.
Suami saya meninggal dunia pada 2020, manakala anak perempuan saya meninggal dunia tahun ini. Selepas kematian mereka, semua harta ini tiada lagi nilai buat saya. Ketika saya meratap kesedihan, tiada saudara mara berada di sisi saya. Saya keseorangan.
Bagaimanapun, penarik beca ini dan keluarganya menjaga kesihatan saya tanpa diminta.
Ketika suami dan anak perempuan Minati masih hidup, Budha juga yang bertanggungjawab memberikan perkhidmatannya kepada mereka.
Abadikan diri untuk berkhidmat
Foto: India Times
Mengulas lebih lanjut, selepas kematian suami dan anak Minati, Budha dan keluarganya berkhidmat dan bertanggungjawab menjaga wanita ini dengan penuh komitmen. Susulan melihat kesungguhan dan perkhidmatan terbaik yang diberikan Minati nekad dengan keputsan yang diambil.
Kini, tiada siapa yang akan mengganggu Budha dan keluarganya selepas kematian saya.
Budha menjelaskan dia sudah berkhidmat dengan keluarga Minati sejak 25 tahun yang lalu, dan sama sekali tidak mengimpikan harta tersebut serta tidak pernah membawa penumpang lain di dalam becanya.
Saya sentiasa berusaha untuk memastikan keluarga saya sentiasa menjaga Minati selepas kematian suaminya. Kami akan terus menjaganya selagi dia masih bernyawa.
Sumber: India Times