Buat korang yang bergelar young professionals atau baru je nak mulakan hidup berkeluarga, rutin harian mesti padat kan? Balik kerja dah penat, lepastu kena hadap pula traffic jam semata-mata nak pergi beli barang dapur atau cari tempat makan. Serius memenatkan!

Sebab tu lah, pemilihan lokasi rumah yang strategik dan ada segala kemudahan dalam satu tempat memang boleh ubah kualiti hidup korang 180 darjah.

Berita baik untuk korang yang tengah cari rumah! Sime Darby Property baru sahaja melancarkan projek freehold terbaru mereka iaitu Ara Bloc Residences yang terletak di tengah-tengah Ara Damansara. Projek ni memang dibina khas untuk mudahkan hidup korang sebab segalanya ada di satu alamat yang sama!

Nak tahu apa yang best sangat tentang Ara Bloc Residences ni? Jom kita tengok!

Turun bawah je terus boleh shopping dekat Jaya Grocer & Bila-Bila Mart!

Memang tak dinafikan, antara tarikan menarik di Ara Bloc Residences ni adalah komponen retail yang terletak betul-betul di bawah blok kediaman korang. Lagi syok, pihak pengurusan dah pun menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan beberapa jenama besar tau!

  • Jaya Grocer Sah Sebagai Anchor Tenant: Korang tak payah lagi pening kepala nak drive jauh-jauh semata-mata nak cari barang dapur segar atau keperluan harian. Turun lif, jalan kaki beberapa langkah je terus sampai!
  • Bila-Bila Mart Sedia Berkhidmat: Nak beli jajan atau keperluan last minute tengah-tengah malam? Jangan risau, Bila-Bila Mart pun ada sekali dekat bawah rumah korang. Sangat convenient!
  • Suasana Jalanan Yang Hidup: Kawasan retail ni memang dirancang dengan pelbagai kedai makan dan tempat lepak. Jadi, korang boleh makan-makan atau meet up dengan kawan-kawan dengan super santai.

Nak ‘Work From Home’ tapi bosan? Jom tukar angin di Common Ground!

Satu lagi kolaborasi game-changer untuk korang yang bekerja secara fleksibel atau hibrid. Ara Bloc Residences turut membawakan ruang kerja bersama (Coworking Space) yang terkenal!

Hasil daripada kerjasama dengan Common Ground, korang yang bosan menghadap dinding bilik boleh terus turun bawah untuk siapkan tugasan atau buat meeting dengan klien dalam suasana yang profesional dan aesthetic. Tak payah habiskan duit minyak pergi office jauh-jauh!

Malas drive hadap jem? Ada perkhidmatan shuttle terus ke LRT Ara Damansara!

Bagi korang yang nak jimat duit minyak atau malas nak hadap kesesakan jalan raya untuk pergi kerja, korang bakal menikmati kemudahan pengangkutan yang sangat lancar hasil integrasi pintar ini.

Perkhidmatan Transit Pintar: Melalui kerjasama yang dijalankan, penduduk boleh menggunakan perkhidmatan shuttle on-demand untuk bergerak dengan lebih mudah dan selesa.

Hubungan Terus Ke LRT: Perkhidmatan shuttle ini akan membawa penduduk terus ke Stesen LRT Ara Damansara yang terletak sekitar 1.4km sahaja dari kediaman. Sangat memudahkan untuk bergerak ke mana-mana lokasi dalam Lembah Klang tanpa perlu pening cari parking!

Lokasi yang matang dan strategik: Kalau korang nak drive, kawasan ni memang dikelilingi jalan-jalan utama. Malah, korang juga berada sangat dekat dengan Lotus’s Hypermarket, Oasis Square, Citta Mall dan Evolve Concept Mall. Semua dalam jarak pemanduan yang pendek!

Layout praktikal sesuai untuk yang bujang mahupun berkeluarga

Tak kesahlah korang hidup bujang, baru berkahwin atau sudah mempunyai anak, Ara Bloc Residences ada pelbagai pilihan pelan lantai (layout) yang sesuai dengan fasa hidup korang:

  • Unit 2 Bilik (Bermula 767 sq ft): Sangat praktikal untuk young professionals, pasangan muda atau pembeli rumah pertama yang mahukan ruang ringkas tapi selesa di bandar matang.
  • Unit 3 & 3+1 Bilik (961 dan 1,238 sq ft): Sesuai untuk keluarga yang sedang membesar atau korang yang memerlukan ruang ekstra untuk buat bilik Work-From-Home (WFH).

Fasiliti lengkap seakan duduk hotel 5 bintang!

Siri kehidupan korang kat sini dijamin takkan bosan sbb fasiliti yang disediakan memang gempak habis. Antara kemudahan yang ada termasuklah:

  • Kolam renang & gimnasium (untuk korang yang mementingkan gaya hidup sihat).
  • Co-working space (khas untuk geng yang kerja remote atau WFH, tak payah sesak-sesak pergi kafe luar).
  • Games room, multipurpose hall, yoga deck, BBQ area, gelanggang tenis, gelanggang futsal dan ruang santai untuk seisi keluarga membaca serta bermain.

Harga permulaan dari RM499k, dengan Early Bird Privileges eksklusif untuk pembeli yang membuat tempahan awal

Dengan segala kemudahan premium, status tanah freehold, dan lokasi emas di Ara Damansara, Ara Bloc Residences ditawarkan pada harga yang sangat berbaloi iaitu bermula dari RM499,000* sahaja!

Bagi pembeli Bumiputera yang layak, korang juga boleh menikmati diskaun Bumi sebanyak 10%.

Jom singgah ke galeri jualan kami sekarang untuk nikmati pelbagai keistimewaan Early Bird yang kami sediakan khas untuk korang!

Paling syok, korang boleh pilih unit terpilih yang sudah siap dilengkapi dengan perabot separa (partial furnishing). Datang dulu, tengok sendiri, baru puas hati!

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Sah untuk unit terpilih sahaja.

Tunggu apa lagi? Inilah masanya untuk dapatkan hartanah di Ara Damansara dengan harga mampu milik!

Kalau korang memang dah lama mahu membeli rumah rumah baru yang strategik, memudahkan urusan harian dan dibina oleh pemaju terkemuka seperti Sime Darby Property, inilah masanya!

Jangan lepaskan peluang untuk teroka sendiri kehebatan Ara Bloc Residences sebelum unit idaman korang disambar orang lain. Serius berbaloi!

Ketahui lebih lanjut mengenai Ara Bloc Residences dengan klik di SINI.