Selama empat tahun naik turun dalam dunia perniagaan, pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menyatakan sudah 10 usahawan yang berjaya bergelar jutawan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nafi Pemakaian Dah Berubah, Wawa Zainal Tidak Sengaja Dedah Aurat
Ada 30 pekerja
Ketika ditemui OhBulan!, Wawa berkata 10 usahawan itu merupakan individu terawal yang menceburi bisnes Wawa Cosmetics.
Alhamdulillah dalam 10 orang. Kami memang fokus untuk bantu mereka. Jutawan sekarang ini adalah individu yang terawal bersama Wawa Cosmetics.
Bermula dari modal RM200 dan kini mereka mampu mencapai 7 juta dalam masa satu tahun. Itu jumlah restock sahaja, jualan mesti lagi banyak.
Tambah ibu kepada empat cahaya mata ini, dia bersyukur kerana berjaya menempuh onak duri sehingga ke hari ini.
Alhamdulillah, perlahan-lahan kami membina empayar perniagaan, menimba ilmu bisnes dan mengambil pekerja.
Kini, apa yang kami usahakan sudah memasuki empat tahun dan mempunyai 30 orang pekerja.
Tahun depan genap lima tahun kami bergelar usahawan. Saya pegang kata-kata sekiranya kami berjaya mengharung onak duri selepas tempoh ini, insya-Allah perniagaan kami akan terus bertahan.
Aeril dan Wawa ditemui pada majlis pelancaran produk lip tint, Fruit Candy di Ampang, baru-baru ini.
Tak ada pejabat
Dalam pada itu itu, Aeril, 33, mendedahkan dia pernah menggelarkan dirinya ‘sis’ (panggilan admin WhatsApp) ketika mula menapak.
Setahun juga kami buat berdua. Bungkus sendiri, hantar sendiri, tulis ‘order’ sendiri, sehinggalah membalas pesanan pelanggan menerusi aplikasi WhatsApp.
Biasalah, bila membalas mesej dengan pelanggan yang rata-ratanya wanita, semestinya mereka akan memanggil ‘sis’.
Saya pun melayan saja, kira menyamar jadi ‘admin’ WhatsApp bisnes kami. Mereka tak tahu saya sendiri yang mengendalikan pesanan.
Sekadar info, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, 2, dan Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 30 November tahun lalu.