berita

Penat Selalu Dipandang Rendah? Ini 5 Cara Untuk Tingkatkan Motivasi Diri Korang

October 29th, 2018 | by Epul
Kini Trending

Pernah rasa down sebab kena kecam? Kena kutuk sebab gemuk, tak cantik, suara tak sedap atau takde pakej.

Sampai satu tahap, korang pun dah tak tahu kat mana lagi salah yang korang kena betulkan.

Sebenarnya ramai yang pernah mengalami pengalaman macam ni. Sebab tu, kali ni kami nak share sikit tips macam mana korang boleh tingkatkan motivasi diri.

Barulah korang ada keyakinan dan tak mudah rasa kecewa kalau kena reject lepas ni!

Dengar lagu yang bagi motivasi

Setiap hari korang mesti dengar lagu kat radio or dekat MP3 kan? Apa kata lepas ni korang save lagu-lagu yang mempunyai lirik menarik dan boleh menaikkan semangat dalam playlist MP3 korang.

Sebagai contoh, lagu yang korang boleh dengar macam So Many Hands (Mia Palencia), I Believe I Can Fly (R. Kelly) dan Gemuruh (Faizal Tahir).

Kalau korang tengah sedih or kecewa dengar la lagu yang naikkan semangat. Confirm boleh menggembirakan hati sekaligus buat korang rasa motivated.

Baca motivation quotes

Kalau nak berjaya korang kena ada satu kata-kata yang korang pegang untuk jadikan fikiran korang sentiasa positif. Sebagai contoh, “Jika orang lain boleh, aku pun boleh buat.”

Sebut ayat ni berulang kali setiap hari atau tampal je kat dinding supaya korang boleh baca selalu. Confirm minda korang akan lebih positif.

Jauhi orang yang berperangai negatif


Untuk kekalkan motivasi diri, korang perlu elak bergaul dengan orang-orang negatif. Diorang ni akan beri kesan kepada semua perkara yang sedang korang lakukan dan matlamat korang juga akan terjejas atau takkan tercapai.

Jadi, “sit and talk with positive people” kerana ia akan memberi kesan yang baik untuk korang kekalkan motivasi diri bagi meneruskan sesuatu kerja dan kejar matlamat korang.

Tidur sampai korang betul-betul recharged!

Kurang tidur boleh menyebabkan diri korang lesu, tak cergas dan menyebabkan daya tumpuan korang jadi lemah.

Dengan tidur yang cukup korang akan jadi lebih cergas dan cerdas. So, bila otak korang dah aktif barulah boleh fikir cara-cara terbaik yang korang boleh lakukan untuk berjaya dan tepis kata-kata negatif daripada orang sekeliling.

Berdoa diberikan kekuatan

Haa.. Yang ni paling penting, jangan pernah lupa berdoa supaya Tuhan berikan korang kekuatan dan sentiasa tabah menghadapi setiap dugaan yang melanda dalam kehidupan seharian.

Yelah, kadang-kadang kita perlukan kekuatan spiritual juga untuk menjadi lebih kuat. Betul tak?

Paling penting kuatkan semangat untuk menjadi seorang Pengejar Impian!

Tidak kira macam mana hebat kecaman yang korang terima, jangan jadikan semua tu sebagai pematah semangat untuk berjaya.

Korang kena yakin pada diri sendiri, untuk jadi seorang Pengejar Impian. Mungkin korang boleh ambil contoh daripada kisah pelumba Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

Bagaimana bakat-bakat baru dalam kejuaraan ini seperti, Akid Aziz, Ramdan Rosli dan yang paling rare mestilah penglibatan Nasha Edziera, seorang gadis yang sama-sama beraksi di litar lumba demi mengejar impian mereka.

Siri terbaru Pengejar Impian ini akan mengetengahkan pelumba Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS serta bagaimana mereka berjaya membuktikan bahawa persepsi masyarakat dan fizikal bukan penghalang untuk bersaing demi mengejar impian.

Jom tengok video kehebatan Akid Aziz, Ramdan Rosli dan Nasha Edziera kat bawah ni. Mana tau korang akan lebih bersemangat untuk menjadi seorang Pengejar Impian macam diorang ni!

Nak tengok story Pengejar Impian yang lain korang jangan lupa untuk subscribe youtube channel Pengejar Impian ni di Youtube ya!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×