berita

Pencarian Peserta I Can See Your Voice Musim Ke-5 Secara Atas Talian Bermula 25 Februari 2022!

February 24th, 2022 | by Hariz
Shout Out!

Program muzik misteri, I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA (ICSYVMY), adaptasi daripada program popular Korea Selatan kembali untuk musim yang kelima pada tahun ini. Sesi pencarian peserta akan berlangsung secara atas talian bermula 25 Februari 2022!

Serlahkan bakat menyanyi… atau menyamar!

Sesi pencarian peserta ICSYVMY 5 terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas. Tidak kira anda seorang penyanyi atau penyamar, anda dialu-alukan untuk menyertai program ini dengan menghantar rakaman video ke www.xtra.com.my/icsyvmy dari 25 hingga 28 Februari 2022.

Mereka yang berminat haruslah mempunyai bakat dan personaliti menarik! Muat naik video nyanyian yang dirakam secara acapella, tanpa iringan muzik atau ‘minus one’ pada borang penyertaan di www.xtra.com.my/icsyvmy. Peserta yang disenarai pendek akan dihubungi oleh pihak produksi.

Sejak diperkenalkan, ICSYVMY telah mencipta fenomena tersendiri dan mencatat hampir 3 juta penonton di setiap episod. Malah, sesi uji bakat sentiasa menerima sambutan luar biasa. Seramai 3000 orang telah hadir ke sesi uji bakat musim ketiga manakala sesi pencarian musim keempat yang diadakan atas talian pula menerima lebih 10,000 penyertaan!

Jangan lepaskan peluang ini, mana tahu andalah individu yang dikehendaki dalam ICSYVMY 5! Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter TV3. Gunakan tanda pagar #ICSYVMY untuk hangatkan lagi perbualan di media sosial!

SKIP THIS AD ×