berita

Pencarian Supermodel Malaysia 2023 Kini Di Pusingan Terakhir! Jom Support!

November 16th, 2023 | by Azyan
Kini Trending

Runway Productions By Catwalk Guru (RPBYCG) nama yang tidak lagi asing dalam dunia fashion sukacitanya mengumumkan pusingan terakhir Pencarian Supermodel Malaysia 2023 atau Malaysia Supermodel Search 2023 (MSS2023) yang bakal diadakan pada 19 November ini di Kuala Lumpur!

Acara tersebut yang bakal menampilkan seramai 16 finalis dimana mereka akan menunjukkan bakat terpendam mereka bagi bersaing untuk gelaran yang mereka idamkan serta hadiah utama yang bakal melonjakkan nama mereka ke stratosfera!

Seramai 300 peserta dari seluruh dunia mengambil bahagian!

Malaysia Supermodel Search 2023 ( MSS2023) membuka peluang pada bulan Jun yang lalu telah menarik perhatian seramai 300 peserta dari seluruh dunia untuk cuba mempamirkan bakat unik dan potensi mereka.

Panel-panel juri pula tidak kurang hebatnya! Mereka terdiri daripada:

  • Catwalk Guru – Benjamin Toong
  • Miss Universe Indonesia – Whulandary Herman
  • Miss Astro Chinese International Pageant – Fancy Goh
  • Celebrity Athlete – Goh Liu Ying
  • Fashion Designer – Hatta Dolmat
  • Malaysia Supermodel Search 2019 – Adrian Ng
  • Actress – Lavin Seow
  • Supermodel – Isaac Ong

Hasil perbincangan, para juri telah bersepakat untuk memilih dengan 8 lelaki dan 8 perempuan sebagai finalis!

Antara finalis yang terpilih ialah:

  1. Chan Yo
  2. Danish Ilhanz
  3. Jackson
  4. Jayson
  5. Jordan
  6. Joseph
  7. Ju Hee
  8. Lawvian
  9. Celeste
  10. Chien Cian
  11. Eileen
  12. June
  13. Mandy
  14. Melanie
  15. Venice
  16. Yu Ying

Grand Prize termasuklah peluang untuk menghadiri International Fashion Week 2024 serta hadiah bernilai RM10K untuk direbuti!

Bukan senang nak dapat peluang dan didedahkan kepada pentas antarabangsa kan? Sebab tu peserta bersungguh-sungguh nak menang pertandingan ni!

Mereka bakal berpeluang untuk menghadiri Minggu Fesyen Antarabangsa 2024 yang dimana ia bakal memberi mereka potensi untuk merasai sendiri pentas di peringkat global!

Bukan itu sahaja, mereka juga bakal memenangi RM10,000 yang akan membantu mereka untuk mulakan karier sebagai model, lantas menjadikan mereka lebih menonjol berbanding yang lain di dalam industri fesyen.

RPBYCG menjemput para peminat fesyen, profesional-profesional dalam industri serta orang awam untuk menyaksikan sendiri pentas runway serta persembahan menarik yang bakal diadakan pada 19 November 2023 di Park Royal Collection Kuala Lumpur.

Ha bukan senang nak tengok runway yang diajar oleh profesional secara live kan? So apa lagi guys, jom ramai-ramai memeriahkan acara ni 19 November nanti!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×