berita

Penceramah Bebas Popular Bergelar Ustaz Disyaki Rogol Remaja 14 Tahun

July 19th, 2022 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Sekadar gambar hiasan

Seorang penceramah bebas popular telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor semalam, selepas disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Penceramah disyaki rogol remaja

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Kosmo, penahanan terhadap penceramah bebas yang bergelar Ustaz dibuat selepas pihak polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi Subramaniam, sebanyak empat kertas siasatan melibatkan pengadu yang sama telah dibuka iaitu dua di Selangor dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai berkenalan dengan suspek sejak Mei tahun lalu dan kedua-dua mereka beberapa kali melakukan hubungan intim di lokasi yang berbeza.

Penceramah bebas yang berusia dalam lingkungan 30-an itu direman selama lima hari hingga 23 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Tambahnya lagi, kebenaran reman itu diperoleh daripada Mahkamah Majistret Sungai Besar dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber: Kosmo, Harian Metro

SKIP THIS AD ×