Viral sebuah klip video di media sosial Indonesia yang memaparkan seorang pencuri nekad melarikan sebuah telefon pintar ketika mangsa sedang melakukan siaran langsung di laman Instagram.
Diugut guna senjata tajam
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram @jktinfo24jam, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Jalan Bali Matraman di Manggarai Selatan, Jakarta. Dalam video tersebut, kelihatan dua wanita sedang membuat rakaman siaran langsung sambil berbual di sebuah kedai kopi.
Pada masa yang sama, seorang lelaki secara senyap-senyap dilihat memerhatikan mereka dari arah belakang. Dua wanita itu bagaimanapun tidak kelihatan curiga kerana sedang sibuk berbual. Namun siapa sangka, pencuri berkenaan tiba-tiba tampil ke hadapan lalu merampas telefon pintar yang diletakkan di atas meja lantas melarikan diri.
Menerusi ruangan komen, pemilik telefon itu dikatakan sudah berlari dengan pantas untuk mengejar pencuri tersebut sebelum dibantu oleh rakannya yang lain. Tidak lama kemudian, satu jeritan suara marah didengari daripada seorang lelaki, manakala siaran langsung itu diteruskan sambil menunjukkan rakan mangsa yang cuba mengejar pencuri tersebut.
Video
View this post on Instagram
Mangsa dikatakan cuba menghentikan pencuri itu ketika dia mahu melarikan diri bersama rakannya dengan menaiki motosikal. Telefon bimbit itu bagaimanapun gagal diperoleh semula kerana diugut menggunakan senjata tajam.
Sumber: Jakarta Info