berita

Pencuri Pecah Masuk Ketika Berada Di Rumah, Kereta Mewah Shawn Mendes & Camila Cabello Dilarikan!

March 30th, 2021 | by Iera Zahirah
Hollywood

Shawn Mendes dan Camila Cabello ketakutan apabila kediaman rumah mereka di Los Angelas, Amerika Syarikat dipecah masuk dan lebih teruk lagi apabila kereta mewahnya telah hilang pada Ahad lalu.

Perompak pecah masuk

Foto kredit : TMZ.com

Perompak tersebut telah memasuki kediaman mereka dengan memecahkan tingkap. Namun, meninggalkan kediaman mereka apabila dia menyedari pasangan tersebut berada di dalam rumah. Sebelum keluar, dia sempat mengambil kunci kereta milik Shawn Mendes dan melarikan kereta jenis Mercedes G-Class.

Pihak polis bergegas ke tempat kejadian namun sudah terlambat kerana perompak tersebut telah melarikan diri bersama kereta. Pada ketika ini, masih tiada lagi sebarang tangkapan berlaku dan pihak polis masih lagi melakukan siasatan. Bagaimanapun, pasangan tersebut berada dalam keadaan selamat dan tiada insiden buruk berlaku.

Sumber : TMZ.com

SKIP THIS AD ×