Terbaru, pendakwah bebasdari program realiti telah ditangkap pihak polis dan direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes rogol melibatkan dirinya. Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam iaitu Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata pihaknya telah menerima laporan dari mangsa berhubung perkara itu.
Artikel berkaitan: Konon Nak Bantu Rawat Kemurungan, Penceramah Muda Ditahan Disyaki Rogol Rakan
Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang hanya dikenali sebagai Mia tidak mahu membuat laporan polis sebelum ini disebabkan oleh ibu bapanya tidak mengizinkan.
Tiada kekuatan
Menurut mangsa berusia 23 tahun itu berkata ibu bapanya tidak mahu membuat sebarang laporan kepada pihak berkuasa kerana malu yang bakal ditanggung sekiranya perkara tersebut kecoh.
Saya tiada kekuatan untuk membuat laporan polis sebelum ini kerana takut selepas diugut. Pendakwah terbabit pernah ugut nak saman jika saya buka mulut atau membuat laporan polis.
Ibu bapa juga tidak benarkan saya membuat laporan polis kerana malu jika perkara ini menjadi kecoh dan diketahui ramai.
Tegakkan kebenaran
Difahamkan, selepas mendapat sokongan dari pihak-pihak tertentu, mangsa tampil untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis terhadap si pelaku. Malah, dia juga berharap laporan yang dibuat dapat menegakkan keadilan selepas melalui pelbagai derita.
Namun, selepas mendapat sokongan dan bantuan daripada beberapa pihak, saya beranikan diri untuk membuat laporan polis, Rabu lalu.
Saya berharap selepas ini keadilan dapat ditegakkan sekali gus membayar semula derita yang pernah saya alami sebelum ini. Sedikit sebanyak dapat melegakan hati selepas memendamnya sekian lama.
Sumber: Harian Metro